March 18, 2011
aku harap hari ini aku lebih bersemangat…
aku ada banyak kerja dan kertas jawapan yang aku belum tanda sehingga kini. aku harap hari ini aku akan lebih bersemangat untuk menanda. hari ini tidak ada isu sangat pun, cuma nak menghabiskan masa dengan diri sendiri sempena cuti sekolah dan aku memang tidak suka bercuti semasa cuti sekolah. sebenarnya aku tidak ada alasan untuk bercuti sebab aku sudah bercuti dalam lebih kurang 6 hari sebelum minggu cuti ini disebabkan oleh aku kene study untuk exam aku minggu lepas, dan aku tidak ada idea untuk bercuti pada minggu ini…
mood untuk menanda kertas belum sampai2 lagi, nak memikirkan masalah peribadi pun, aku rasa aku dah semakin melupakannya…
aku nak solat dhuha la…
aku harap akan menenangkan aku…