March 18, 2006

Mengenal Diri

Posted in Motivation at 8:06 am by miharuyouth

Adakah kita kenal diri kita sendiri? Adakah kita cuba untuk mengenali diri kita yang sebenarnya? Adakah melalui pembacaan, horoskop, dan fakta-fakta yang berkaitan dengan tarikh lahir, warna kesukaan, tahun kelahiran memberi satu petunjuk yang itu adalah diri kita?

Saya selalu bertanya kepada diri saya, adakah saya kenal diri saya? Adakah ini wajah saya? Adakah ini fizikal saya..kadang-kadang saya selalu berangan untuk menjadi orang lain, mempunyai wajah seperti orang lain, mempunyai fizikal seperti orang lain, mempunyai keistimewaan seperti orang lain, dan bermacam-macam milik orang lain yang saya inginkan…tanpa saya sedari kesian diri saya, sentiasa bersama saya, tetapi saya jarang hendak berterima kasih kepada diri saya. Hari ini saya tidak berterima kasih kepada mata saya yang tiap-tiap hari membenarkan saya untuk mengadap alam ini, memberi peluang untuk saya mengadap komputer yang menjadi pekerjaan saya sehingga kini, memberi peluang kepada saya menonton rancangan-rancangan kegemaran saya. Hari ini saya tidak berterima kasih lagi kepada tangan saya yang menyuapkan makanan ke mulut saya, menulis, minum…Hari ini saya tidak berterima kasih kepada telinga saya yang membenarkan saya mendengar perkara-perkara yang baik, mendengar tutur perbualan ibu dan ayah saya, mendengar cerita-cerita lucu adik kembar saya, mendengar ketawa rakan-rakan saya. Hari ini saya tidak berterima kasih lagi kepada kaki saya, yang membawa saya ke pejabat saya, membawa saya menyembah Allah setiap 5 waktu, membenarkan saya membuat perkara-perkara yang saya suka setiap hari..dan yang paling penting hari ini saya belum berterima kasih kepada tuhan saya yang sentiasa memberi rahmat dan hidayahNya kepada saya, membenarkan saya berada di dalam agama agung ini.

Adakah saya masih tidak kenal diri saya sendiri lagi? Susah sangatkan untuk saya mengenali diri saya? Susah sangatkah anda untuk mengenali diri anda? Kita tidak kenal diri kita bagaimana kita hendak kenal pencipta kita?

Kadang-kadang ada antara kita yang tidak tahu diri kita. Kita tidak tahu menilai diri kita. Pada kita, apa yang kita buat semuanya baik, semuanya betul tetapi pada orang lain kita lah yang suka membuang masa, kita lah yang selalu tidak amanah, kita lah yang selalu berpura-pura. Kita tidak kenal diri kita sehingga kita terpesong dari landasan yang sebetulnya. Saya pernah kehilangan diri saya suatu masa dulu. Sehingga menimbulkan persolan di hati saya, kenapa saya bertindak demikian? Sehingga setiap malam sebelum saya tidur saya menangis kenapa saya tidak dapat mengenali diri saya. Saya pernah kehilangan diri saya dan saya berusaha untuk mendapatkan diri saya semula.

Susah sangat ke hendak menilai diri sendiri. Susah sangat ke hendak mengenal diri sendiri. Kadang-kadang apabila

saya bersuara, mungkin masa tu nadanya agak keras, kawan-kawan saya, “la..janganlah marah”. Pada pendapat saya, itu adalah intonasi suara yang biasa, dan saya tidak marah pada masa itu. Tetapi untuk menjelaskan bahawa situasi saya pada masa itu bahawa saya tidak marah, saya rasa membuang masa sahaja. Sehinggalah rakan saya yang sama, pada masa itu mengeluarkan intonasi yg berbaur marah, ada rakan lain pulak yang berkata “la..janganlah marah..”..dan pada masa itu situasi yang sama yang berlaku pada diri saya terjadi ke atas rakan saya tadi. Tetapi dalam hati saya, saya tahu yang rakan saya itu tak berniat pun nak marah, cuba bila dia hendak menegaskan sesuatu sehingga suaranya keras sedikit. Dan saya, seperti biasa,lebih suka diam dan mendengar daripada memberitahu.

Perkara yang saya inginkan tegaskan di sini ialah, adakah kita mengenali diri kita sebelum kita mengenali orang lain?

Jika kita mengenali diri kita, kelemahan kita, kita tidak akan cepat melenting jika ada rakan yang berkata “la..janganlah marah..”..sebaliknya berfikiran positif atas teguran yang diberikan. Memang pada waktu itu, mungkin kita sedang marah tetapi kita tidak menyedarinya. Dan jika kita mengenali diri kita, mungkin kita tidak akan tegur rakan kita “la..janganlah marah..”..kerana kita tahu, kita akan terasa bila dikata demikian, apatah lagi rakan kita tadi.

Menerima kritikan merupakan salah satu faktor untuk kita mengenali diri kita. Suatu hari saya cuba buat sesuatu perkara pelik yang tidak pernah saya buat,saja sebenarnya nak melihat samada ada ke tidak rakan saya memberi respon.

Ternyata, ada respon yang diberikan. Saya tahu, perangai itu bukanlah saya yang sebenarnya tetapi respon yang diberikan bersungguh-sungguh lah pulak. Sampai saya terasa pula, sebabnya itu bukanlah saya. Tetapi sebagai salah satu faktor untuk saya mengenali diri saya..Alhamdulillah saya terima dengan hati yang terbuka. esungguhnya bila kita mengkritik orang lain amatlah seronoknya. Tetapi apabila kena dengan diri sendiri, amatlah terasanya.

Mengenali diri sendiri bukanlah setakat kita berada di kalangan rakan-rakan semata-mata, tetapi tempat yang paling asas yang perlu kita tumpukan adalah semasa berada di rumah sendiri. Mungkin kita seorang yang lemah lembut semasa berada di luar tetapi mana tahu kita adalah manusia ganas semasa berada di rumah. Saya mengatakan demikian kerana di rumah, kita berada di zon yang selamat, di mana apa sahaja yang kita lakukan tidak akan nampak oleh orang lain, tetapi semasa berada di luar, banyak mata yang memerhatikan kelakuan kita, cara kita ketawa, dan manusia ni sungguh bijak, sehingga semasa kita asyik berborak dengan rakan-rakan kita pun, sempat lagi otak memikirkan, mungkin aku diperhatikan..control..control…

Di rumah, ibu dan ayah serta adik-adik mengenali perangai kita tetapi mereka jarang hendak mengkritik kita. Adik saya kadang-kadang memberitahu saya bahawa saya ni degil orangnya..seorang lagi adik saya memberitahu saya bahawa dia tidak tahu saya ni kakak atau adik..mungkin perangai sebagai kakak sulung ni degil kot..saya pun tak tahu, tetapi saya mengaku bahawa saya ni akan menjadi degil jika ada perkara yang saya tidak suka. ..tetapi saya cepat-cepat sedar bahawa adik-adik saya memerhatikan saya sebagai kakak sulung, mereka mungkin menilai perangai saya. Dan saya waktu itu walaupun diam tetapi ada perkara yang sentiasa saya fikir.

 Ibu , ayah serta adik-adik merupakan sumber untuk kita mengenali diri kita di rumah. Mereka sebenarnya memerhatikan gelagat kita, tetapi untuk memberitahu dan mengkritik kita di hadapan kita bukan satu kelebihan mereka, jika nak tahu masa yang sesuai utuk mereka mengkritk kita, tunggu masa mereka marah, waktu itu, segala kebenaran terbongkar.

Tetapi ibu dan ayah kita, tidak pernah mengkritik kita, mereka tidak akan mengatakan perkara-perkara buruk kepada kita, kerana kecintaan mereka lebih kepad anak-anak mereka. Mereka ada cara tersendiri untuk mengkritik anak-anak mereka. Saya pun tidak tahu caranya.

Mengenali diri sendiri tidak boleh jika tidak melalui orang lain. Secara logiknya jika kita hendak menilik diri kita menggunakan cermin begitu juga manusia lain sebagai perantaraan mengenal diri kita. Berbincang dengan rakan kita jika kita ini seorang yang berfikiran terbuka. Jika tidak, sentiasa positif dalam segala hal dan kelakuan. InsyaAllah kita dapat mengenal diri kita yang kita ini seorang yang positif.

Tak kenal maka tak cinta..
tak kenal diri sendiri, bagaimana nak kenal pencipta?
tak kenal pencipta, susahlah nak mencintai..
tak tahu mencintai, susahlah nak mencintai diri sendiri,
tak cintakan diri sendiri, bagaimana pula nak mencintai orang lain?

Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya kongsi pengalaman saya yang tak seberapa ini dalam mengenal diri sendiri. Oleh kerana saya pun sudah mengantuk..dan saya sayangkan diri saya..saya nak rest…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: