March 19, 2006

Kecewa (1)

Posted in Motivation at 5:04 am by miharuyouth

Semalam saya baru pulang dari Kelantan. Banyak barang yang saya angkut pulang ke Kuantan. Pada mulanya saya tidak bercadang untuk pulang ke kampung saya di Ketereh tetapi selepas ayah saya sudah mula membebel akhirnya saya pun terpaksalah pulang, nak kata terpaksa tak boleh juga sebabnya saya pun suka juga pulang ke kampung cuma masalah saya ialah masalah pengangkutan, dan nasib baiklah sepupu saya sudah berhenti kerja dan bersedia menjadi pemandu pelancong saya dan adik saya. Sebenarnya saya tidak mahu membicarakan panjang lebar tentang trip saya ke Kelantan cuma saya ingin berkongsi di sini mengenai perihal kekecewaan yang sering kali terjadi kepada manusia.

Kecewa sudah menjadi salah satu kebiasaan dalam hidup manusia. Manusia mana yang tidak kecewa. Saya sendiri pun pernah mengalami kekecewaan dalam hidup saya. Kekecewaan dalam hidup membuatkan kita akan berhati-hati dalam hidup kita. Kekecewaan melibatkan perasaan yang amat mendalam pada diri seseorang. Saat-saat kita mengalami perasaan kecewa, terasa yang hati ini panas dan tidak tenteram, terasa seperti ada penghalang pada otak manusia untuk berfikir dengan waras, terasa seperti berat hendak menerima kenyataan yang kita sebenarnya mengalami kekecewaan. Pada masa yang sama terasa susah hendak membuat keputusan, tercari-cari sumber yang dapat menenangkan fikiran. Saat-saat anda dikecewakan, terasa sukarnya nak bernafas, bukan kekurangan oksigen tetapi otak kita pada masa yang sama ingin menutup segala perasaan yang kita rasa. Jika pada masa tersebut anda berada disekeliling rakan-rakan, mungkin kita dapat menyembunyikan perasaan tersebut tetapi jika kita berseorangan, sudah tentu cepat benar kita mengalirkan airmata. Mengeluarkan airmata merupakan salah satu pekara yang menenangkan jiwa, bagi saya lah. Menangis tak semestinya bermaksud kita lemah dan tidak menangis tak bermaksud kita kuat. Menangis mengenangkan kembali kekecewaan yang kita alami akan membuatkan kita terfikirkan diri sendiri. Sambil-sambil mengenangkan diri sendiri kenapalah aku kecewa, pada masa yang sama, kita cuba merendahkan diri sendiri, kita cuba untuk menyalahkan diri sendiri, kita cuba untuk menyoal diri sendiri dan seterusnya memberi jawapan kepada diri sendiri.

Kekecewaan banyak terjadi daripada banyak faktor, tetapi kita jarang untuk menilai faktor2 punca kekecewaan dengan lebih jelas. Kita tidak pernah bersedia untuk kecewa, bukankah bagus jika kita tahu yang kita akan kecewa? Biarpun kita sendiri jelas akan kekecewaan yang akan berlaku namun, kita masih akan menangis dan akan masih akan mengenangkan perasaan kecewa yang kita alami. Saya kecewa. Saya kecewa dengan diri saya. Saya boleh menjadi manusia yang lebih baik tetapi saya tetap kecewa.

Saya kecewa dengan sikap manusia. Saya selalu berangan jika saya dikelilingi oleh bukan manusia, jika saya dapat berkawan dengan ikan-ikan yang berenang dengan tenang di dalam air, jika saya dapat bersama-sama dengan air, saya dapat mengalir ke tempat2 yang saya suka. Jika saya dapat bersama-sama dengan semut mencari makanan(seperti semut yang selalu mengacau saya semasa saya bekerja, berebut air dengan saya, ade ke patut..jika saya menjadi semut, saya akan tunjukkan kepada semut di mana makanan yg paling banyak..).

Saat-saat saya mengalami kekecewaan, saya tidak dapat lari dari kenyataan, saat-saat saya mengalami kekecewaan, saya cuba untuk beralih arah tajuk perbualan saya. Walaupun kadang2 kawan saya akan menyedari kenapa saya diam hari ini, rindu dengan suara saya, rindu dengan lawak-lawak saya.

Kadang-kadang saya tidak pasti sejauh mana saya diterima oleh manusia. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana saya boleh menerima manusia. Saya terpaksa berenti di sini…sebabnya saya mengantuk….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: