March 19, 2006

Kecewa (2)

Posted in Motivation at 5:06 am by miharuyouth

Sebelum saya meneruskan kerja saya pada malam ini, saya ingin menyambung sedikit tentang kekecewaan yang saya alami hari ini. Saya kecewa kerana saya diberi keje last minute dan banyak lagi coding yang perlu saya buat. Saya kecewa kerana saya tidak dapat menonton kartun Jepun yang berhari-hari saya download. Saya kecewa dengan diri saya jika saya tidak dapat menyiapkan semua kerja saya dengan baik dan sempurna. Saya kecewa kerana saya mengantuk tetapi saya perlu menyiapkan kerja saya.Tetapi kekecewaan saya tidaklah sebesar kekecewaan yang dirasai oleh salah satu sahabat baik saya.

(Iklan…sedapnya aiskrim saya nih…makan aiskrim sambil2 saya buat keje, sekurang2nya saya tak mengantuk…tiba-tiba dikacau oleh 2 ketul kembar itu..saya kata “Adik ni kalau nak aiskrim baru baik dengan ekak..”..salah satu 2 ketul tu kata “ha..adik tak cium lagi kak hari ini..” … lalu dia pun mencium saya..sebabnya tiap2 hari mesti saya mintak dia cium saya..)

Berbalik kepada cerita tadi, sebenarnya saya pun pernah mengalami kekecewaan yang sama seperti sahabat saya ini, dan mungkin kekecewaan yang saya alami atau sahabat saya alami mungkin tidak seteruk manusia-manusia lain di dunia ini.

Sahabat saya yg saya kenal beliau semasa saya belajar di UM dahulu. Dia seorang yang cacat. Badannya lumpuh sehingga dia tidak dapat berjalan tetapi oleh kerana semangat kuatnya untuk belajar membuatkan dia berjaya menempatkan diri di universiti perdana itu. Pada mula-mula beliau menjejakkan kaki di fakulti, beliau selalu bersendirian, oleh kerana beliau yang seakan cina dan kawan yang selalu bersama-sama dengan beliaupun nampak macam cina, saya ingatkan beliau berbangsa cina, rupa-rupanya bukan. Satu perangai saya ialah jika saya fikir yang saya akan kenal seseorang maka selepas beberapa hari kemudian saya sudahpun berkawan dengan orang tersebut,samalah kesnya dengan dia.Oleh kerana kelas yang dihadiri agak sama dengan beliau, saya sering bersama-sama dengan beliau sebelum masuk kelas. Menyiapkan tempat untuk beliau kerana kerusi robot beliau agak besar dan duduk pada barisan yang sama dengan beliau. Saya bukanlah ingin bercerita tentang beliau dengan lebih terperinci dan ingin memancing perasaan kasihan anda kepada kisah beliau (kerana beliau seorang yang genius dan sayalah makhluk yang sentiasa menyakat beliau) tetapi apa yang saya ingin ceritakan ialah perasaan cinta dan sayang dari makhluk yang bernama perempuan terhadap makhluk yang bernama lelaki.

Saya bukanlah seorang yang anti perempuan kerana saya ialah seorang perempuan. Saya bukanlah seorang yang tidak tahu perasaan perempuan terhadap lelaki kerana saya tahu bagaimana rasanya mencintai manusia bernama lelaki. Saya bukanlah seorang yang anti kepada lelaki jika saya katakan saya pernah mempunyai hubungan dengan lelaki. Saya bukanlah hendak memenangkan lelaki kerana saya kurang untuk mempercayai manusia lelaki.Tetapi apa yang saya ingin ceritakan di sini ialah bagaimana perasaan manusia perempuan terhadap manusia lelaki dan bagaimana manusia perempuan ini dengan senang menghancurkan perasaan manusia lelaki.

Saya selalu mengatakan kepada diri saya bahawa manusia adalah salah satu ciptaan Allah yang paling unik. Allah menjadikan lelaki untuk perempuan sebagaimana perasaan seorang perempuan adalah untuk lelaki, jika tidak mengambil kira contoh-contoh manusia pelik yang meminati sesama jenis. Tetapi seperti mana yang saya katakan pada awal-awal ayat saya tadi, saya kecewa dengan sikap manusia samada manusia perempuan atau manusia lelaki.

(saya terpaksa minum air kerana saya mengantuk..)

Saya tidak faham kenapa manusia perlu untuk menyakiti hati masing-masing. Saya tidak faham kenapa manusia yang berakal ini perlu menjalankan kewajipan manusia yang mempunyai perangai suka menyakiti hati manusia. Tidakkah elok jika masing-masing saling mencintai dan saling menyayangi sampai bila-bila. Saya kecewa dengan perempuan kerana suka mempermainkan perasaan lelaki, saya kecewa dengan lelaki kerana suka mengambil mudah dengan perasaan perempuan.

Saya terpaksa menyambung kekecewaan saya kerana kerja saya yang masih tak siap-siap lagi nih…

 

 

2 Comments »

  1. toha said,

    kecewa selalu datang kepada kita, memang ini tidak di sangka-sangka seperti saya sekarang ini begitu kecewa melihat banyak orang kecewa dalam hidupnya. saya yakin kecewa akan terus ada dan tak akan pernah hilan gdari muka bumi ini selama manusia masih ada.
    tetapi untuk apa kita selalu kecewa kalao hanya satu dua sebab saja
    bukankah kita masih punya sisilain dari hidup kita yang bahagia
    sebenarnya saya tau kebanyakan dari rasa kecewa itu disebabkan oleh wanita asal usul kecewa tidak lain karena wanita ada didunia ini
    coba bayangkan apabila seorang laki-laki yang begitu mencintai seorang wanita terus ditinggal begitu ssaja tanpa alasan yang jelas tentu saja hasilnya adalah kekecewaan seperti saya ini.tapi sudahlah saya bukanya menjelek-jelekkan suatu kaum manusia tapi bagai mana lagi memang itu kenyataanya. ah ………….tak tahan aku sampai air mataku tak karuan jatuh tak kuat aku meneruskan……………………………………………

  2. saya said,

    terima kasih kerana berkongsi pengalaman saudara berkaitan dengan kecewa. Seperti saudara, saya juga turut mengalami sesi kekecewaan di dalam hidup saya, berkaitan dengan hubungan saya dengan seorang lelaki yang dulu amat saya cintai (sekarang ini saya yakin perasaan itu sudah hilang…). Susah sebenarnya hendak membuang cebisan ingatan kita kepada manusia yang pernah sama-sama berkongsi rahsia dengan kita, dan kadang2 susah untuk menerima mengapa manusia itu sanggup melukakan hati kita. Tetapi jika dilihat dari sudut yang positif, pasangan kita tadi itu sebenarnya adalah langsung tidak layak berkongsi atau bersama dengan kita sampai bila-bila kerana mereka ini langsung tidak layak dan saudara amat layak untuk bersama wanita yang hanya dijadikan untuk saudara.

    dan saya yakin setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita adalah ujian dari tuhan kepada kita dan ada kebaikannya. Pada masa ini, teman dan ahli keluarga menjadi tempat untuk saudara meluahkan perasaan saudara, jangan biarkan saudara menangisinya sendiri.

    Bersabarlah sahabat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: