March 19, 2006

Kecewa (3)

Posted in Motivation at 5:08 am by miharuyouth

Malam ini saya ingin menyambung sketsa kekecewaan yang sering dialami oleh manusia.

Malam ini saya agak kecewa dengan diri saya kerana saya seharusnya perlu menyiapkan kerja-kerja user manual saya sebaliknya saya lupa yang saya telah berjanji dengan salah seorang sahabat saya untuk mengajarkan beliau sedikit sebanyak tentang ilmu berkenaan komputer. Beliau datang selepas maghrib selepas saya siap menyediakan lauk untuk makan malam. Beliau datang bersama laptopnya yang baru beliau beli dari Low Yat dengan harga RM 24_ _ .00(saya lupa harganya, tetapi dengan harga tersebut beliau dapat sekali dengan printer(saya dah ader..), dapat sekali dengan thumb drive, 256 M)..terasa jealous pulak beliau dah berjaya memiliki laptop sedangkan saya?? Kalau difikirkan semula..saya dah ade pc  dah pun..(beliau datang dengan tujuan asal untuk print surat tetapi selepas saya connect internet kepada laptop beliau, terpaksa pula saya search wallpaper siti nurhaliza, pelakon Thai Aya apa entah, wallpaper bunga, gambar2 menarik, yang ada dalam simpanan saya gambar2 binatang saya adalah…kalau beliau sanggup letak gambar harimau atau unta saya..dan saya juga menjadi sumber mp3 nasyid-nasyid yang sebenarnya tidak pernah ada di dalam pc saya, dan beliau tidak percaya yang saya kata saya tidak minat nasyid..yang ada dalam pc saya adalah lagu george michael, keane, eagles, dan lagu2 lama saya..itupun saya sendiri setahun sekali dengar..tetapi saya akan berusaha mencari lagu2 nasyid untuk beliau, jika bittorent ada lagu2 nasyid…*mm takde…*)

Malam ini pun saya kecewa dengan adik saya kerana sepatutnya dia membasuh kain semayam saya yg baru saya beli sebaliknya dia basuh kain semayam yang baru saya basuh (saya bukanlah pemalas tetapi saya suka memberikan kerja2 berupah kepada adik saya, disamping dia akan dapat pendapatan sampingan..well, budak2 sekolah kan, mana ada pendapatan pun..)

Menyambung cerita sahabat saya yang saya ceritakan sebelum ini, sebelum saya pulang dari kerja saya memang sudah menjadi kebiasaan saya untuk check segala jenis email, dan online ym saya dan search perkara-perkara yang saya suka sehingga sahabat saya ini tetiba dia online, dan saya hampir terkejut sehingga saya rasa sedikit mengalir airmata kerana sudah beberapa tahun tidak berjumpa. Beliau menceritakan sedikit berkenaan dengan kisah hidup beliau sekarang dan sambil-sambil saya selitkan..”bila nak kawin?”..dan beliau menjawab..”entahlah..takde calon”…”pastu apa jadi dengan ‘adik’ yang dulu itu…”..”dia dah kawin dah minggu lepas..”…”haaaa…ohhh…”…

Jatuh dan terasa luruh hati saya selepas mendengar cerita daripada beliau. Sehingga saya mula mengalirkan air mata. Kenapa manusia suka mendatangkan perasaan cinta dan lemudian menghancurkan hati pula. Kenapa manusia jika tahu bahawa tidak akan ada jodoh sesama mereka tetapi masih ingin menanam perasaan tersebut. Saya tidak kisah jika perkara demikian berlaku kepada saya, dan ianya pernah terjadi kepada saya tetapi beliau? Beliau yang saya kenal, walaupun Allah kurangkan nikmat beliau dengan keadaan beliau sekarang tetapi sebagai manusia yang bijak dan cerdik, masih ada perasaan cinta yang menjadi fitrah manusia…

Saya sebenarnya yakin yang beliau dapat menghadapi perkara tersebut kerana manusia bijak tidak akan mudah jatuh dengan dugaan dan cabaran yang mempunyai kaitan dengan hati dan perasaan dan saya yakin bahawa beliau merupakan manusia cekal yang pernah saya jumpa. Jika selama 23 tahun beliau hidup tanpa cinta berlainan jenis, masakan beliau tidak boleh hidup jika putus dengan manusia yang baru kenal beberapa tahun sahaja.

Perasaan kecewa penting dalam hidup manusia. Manusia perlu ada perasaan kecewa sebagai pelengkap hidup manusia. Selama saya hidup, banyak kekecewaan yang saya alami dan saya tidak takut untuk mengalaminya sekali lagi. Dan seperti yang saya katakan, saya kecewa dengan manusia.

*oleh kerana saya kecewa dengan manusia…saya nak download kartun…*

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: