March 19, 2006

Kesilapan

Posted in Motivation at 4:38 am by miharuyouth

Pernahkah kita membuat kesilapan yang tidak disengajakan dalam hidup kita? Pernahkan kita mengaku selepas membuat kesilapan tersebut dan pernahkan kita bertangungjawab atas kesilapan yang telah kita lakukan? Memang fitrah manusia tidak dapat lari dari kesilapan dalam hidup, kerana berlakunya kesilapan akan lebih menjadikan manusia
bertambah matang dan akan berwaspada akan kemungkinan yang akan datang, tetapi perkara tersebut tidak akan menghindarkan manusia daripada mengulangi kesalahan yang sama.

Persoalan di sini bukanlah melakukan kesilapan ataupun mengulangi kesilapan tetapi apa yang biasa berlaku kepada masyarakat kita ialah mempertahankan kesilapan yang kita lakukan seolah-olah bukan kita yang salah. Kita jarang hendak mengaku kesilapan diri sendiri walaupun kesilapan kecil yang terjadi. Kita biasanya lebih suka untuk menghuraikan bagaimana asalnya kesilapan itu berlaku, sambil turut melibatkan orang lain, jika ada beberapa orang yang terlibat semasa kejadian tersebut. Kita lebih suka untuk masih mengutarakan persoalan salah siapa dan bermatian-matian untuk menerangkan apakah yang terjadi, sebab-sebabnya dan sebagainya, padahal bagi orang yang bijak menfasir dalam hal ini, akan mengatakan memang dia yang salah.Apalah susahnya jika kita meminta maaf dan mengatakan, “maafkan saya..silap saya”. Tetapi sesetengah orang susahnya nak meminta maaf. Kadang-kadang tak meminta maaf pun tetapi menyalahkan orang lain pula. Jika begini cara hidup masyarakat Islam, mereka bukan sahaja tidak maju dari segi pembangunan diri tetapi tidak akan maju dari segi pembinaan minda dan kemahiran intelek dalam komunikasi.

Kesilapan merupakan salah satu kepentingan juga dalam hidup manusia, tiada manusia yag dilahirkan sempurna keculailah junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW. Menerima kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang sekeliling kita dengan hati yang terbuka merupakan salah satu perkara yang akan meletakkan kita sebaris dengan ketinggian peribadi dan kehebatan intelek kita.

Sebenarnya tidak mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain, lebih-lebih lagi ianya melibatkan hati dan perasaan diri kita. Contohnya saya ambil jika, seorang kekasih yang curang kepada kekasihnya dan pada masa yang sama, kekasihnya tidak mengetahui yang kekasih hatinya itu bermain kayu tiga. Kesilapan yang dilakukan oleh kekasihnya itu jika dipandang dari sudut yang negatif adalah tidak patut di maafkan kerana secara logiknya kenapa manusia perlu melakukan sesutu benda yang tidak berfaedah dan menyakitkan hati? Sebab perangai manusia itu sendiri kadang-kadang yang tidak logik.

Memaafkan orang lain merupakan salah satu perkara yang boleh melegakan dan memberi ketenangan kepada diri sendiri. Bayangkan jika kita mempunyai beberapa rakan yang tidak pernah kita maafkan kesalahan mereka, sehinggalah suatu hari kita bertembung dengan mereka, sedikit sebanyak kita mula terkenang-kenangkan peristiwa lepas, pada masa yang sama juga kita asyik memikirkan kesalahan dia kepada kita. Bayangkan betapa susahnya kita hendak berhadapan dengan orang tersebut dan walaupun kita dengan kerasnya mengatakan , kenapa pulak saya yang hendak minta maaf sedangkan dia yang membuat salah? Mengapa pula saya yang takut sedangkan dia yang buat salah, bukan saya. Janganlah cuba untuk menipu diri sendiri kerana walaupun sejahat mana seseorang manusia, namun masih ada perasaan bersalah yang masih wujud di dalam diri, yang menjadi ukurannya ialah banyak atau sedikit. Kemungkinan perasaan itu masih berterusan sehinggalah kita cuba memulakan diri untuk memberi kemaafan.

Kadang-kadang saya sendiri berfikir, adakah saya sudah memaafkan kesalahan rakan-rakan saya setiap hari, dan adakah kehadiran saya disenangi oleh mereka? Adakah hari ini saya melakukan kesilapan sehingga membuatkan rakan-rakan saya terasa dengan saya? Adakah rakan-rakan saya sengaja memendam rasa dan cuba menyembunyikan perasaan ketidakpusan hati mereka terhadap saya dengan perangai saya? Saya boleh berfikir setahap itu kerana kadang-kadang saya sendiri mempunyai perasaan yang sama. Memang perangai saya boleh bertegur sapa dengan sesiapa sahaja, jika sudah mengenali seseorang dengan jangka masa yang lama,tetapi kadang-kadang saya merasakan ada saya masih tidak dapat berkomunikasi dengan baik kepada sesetengah orang. Keserasian antara manusia yang bebeza-beza.

Manusia berbeza-beza dalam membuat keputusan dan berbeza-beza dalam menghadapi perasaan masing-masing. Sesetengah orang cepat memaafkan, sesetengah orang lambat untuk memaafkan, sesetengah orang tidak pasti samada boleh memaafkan atau tidak,begitulah seterusnya, dan masing-masing mempunyai pelbagai cara untuk memaafkan begitu juga mempunyai pelbagai alasan untuk membuat kesilapan.Kesilapan diri kita, jika kita tahu bagaimana hendak menukarkan kesilapan ini kepada satu bentuk rahmat dan hidayah dari Allah kerana sebagai umatNya yang sentiasa berdoa agar dianugerahkan kemudahan dan kesejahteraan di dalam hidup kita. Berusaha untuk tidak mengui kesilapan yang sama kerana saya selalu berpegang kepada hadis Rasulullah SAW yang bernyi “Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama “.

Salam.

2 Comments »

  1. salam permata said,

    Salam…

    Berkenaan dengan kisah memaafkan dan meminta maaf. Saya juga ada kisah saya sendiri. Kiranya orang yang melukakan persaan saya. Saya terfikir bagaimana kita sudah memaafkan orang yang bersalah dan melukakan hati kita. Sebagaimana kita tau mulut dan hati kita akan berkata kita sudah memaafkan perkara tersebut, tapi sekian lama kita masih lagi terfikir perkara-perkara yang lepas.Persoalan saya di sini, adakah cukup untuk sekadar berkata-kata di mulut dan di hati bahawa kita sudah memaafkan orang tersebut tapi pada dasarnya kita masih lagi teringat-ingat akan perbuatan dan kisah silam. adakah itu dikatakan juga sebagai tidak ikhlas dalam memaafkan orang/manusia

    walluhalam.

  2. miharuyouth said,

    sebenarnya, memaafkan kesilapan orang lain sekurang-kurangnya membuatkan kita tenang seketika, seolah-olah kita takkan teringat-ingatkan bagaimana kesilapan itu terjadi. Memanglah tidak cukup untuk kita memaafkan kesalahan orang lain padahal pada masa yang sama hati kita masih tidak dpat memaafkan kesalahan dia tetapi persoalannya kenapa kita sengaja nak menyulitkan keadaan kita dengan masih lagi memikirkan kesalahan orang itu pada kita. Kemungkinan pada masa yang sama, orang itu tak ingat pun salah dia pada kita, dia mungkin tak kisah dan tak amik tahu pun salah dia pada kita.

    Saya teringat satu kisah benar yang saya baca dalam Reader’s Digest bulan June 2008, satu kisah di mana seorang lelaki yang nampak sekumpulan askar membunuh keluarganya depan matanya sendiri, dan dia hampir mati di tangan askar itu, namun dia terselamat berjaya keluar dari lubang di mana dia dan mayat keluarganya di humban di situ tanpa pengetahuan askar tersebut. Lelaki itu kemudiannya berhijrah ke Amerika dan menetap di sana, tetapi akhirnya dia pulang ke kampung asalnya dengan niat untuk memaafkan kesalahan askar tersebut yang ternyata masih hidup di kampung tempat asalnya. Lelaki itu berjumpa askar itu dan dengan rela hati memaafkan kesalahan askar yang membunuh semua anggota keluarganya. Askar itu juga sebenarnya sepanjang hidup dia tidak dapat melupakan peristiwa tersebut tetapi dia bersyukur kerana lelaki itu sanggup memaafkan dia.

    jika kita tidak sekuat lelaki itu untuk memaafkan kesalahan orang lain, kita berdoalah dengan Allah supaya jauhkan lah kita dari kenangan masa lalu yang ternyata tidak ada kedudukan dalam diri kita. segala yang terjadi dalam hidup kita tanpa kita sedari adalah salah satu calitan yang perlu kita sedar telah ditentukan oleh Allah.

    maafkan lah orang itu…jika tidak seikhlas mungkin sekarang,lambat laun, perasaan itu akan hilang…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: