March 19, 2006

nilai sifat malu

Posted in Emails From Me Friends at 4:31 am by miharuyouth

1. Malu boleh dijadikan pedoman atau pengukur nilai akhlak seseorang dari segi perbuatannya. Perbuatan yang dilakukan juga mencerminkan sifat sopan. Orang yang sopan tidak mahu berbuat sesuatu yang memalukan atau yang melanggar peraturan yang ditetapkan.
Sebab orang yang sopan adalah orang yang malu. Malu adalah adab dan tatatertib dunia dan agama sejak dari syariat para rasul-rasul dan nabi-nabi yang terdahulu.

2. Bagi mereka yang mempunyai sifat malu, ciri-ciri yang ada dalam diri seseorang ialah :

i. Tidak melakukan sebarang perbuatan secara sesuka hati atau hanya mengikut perasaan.
ii. Mempunyai sifat taat, patuh dan adab yang baik.
iii. Hati dan jiwa yang bersih menjadi penghalang dari melalukan perkara yang buruk dan dilarang.
iv. Tidak mengambil hak atau kemudahan milik orang lain.
v. Menghormati apa yang dimiliki oleh orang lain dan mensyukuri apa yang dimiliki.

2. MENDIDIK SIFAT MALU

1. Dalam usaha mendidik sifat malu dalam diri, berbagai cara boleh dilakukan. Dengan adanya sifat malu ia dapat menghindarkan seseorang daripada melakukan perlakuan atau perbuatan yang dikeji dan sebaliknya melakukan segala yang terpuji. Terdapat 2 jenis malu iaitu :

i. Malu yang asli – iaitu malu yang menjadi tabiat dan pembawaan seseorang sejak lahir.
ii. Malu yang diusahakan dengan mendekatkan diri kepada Allah.

2. Kedua-dua jenis malu ini hendaklah dijadikan panduan dan pedoman untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup khususnya dalam :

i. Membentuk akhlak yang mulia.
ii. Malu menjadi kekuatan dalam mencegah dan menghalang daripada melakukan perkara yang terkeji.
iii. Dengan sifat malu ia dapat mendorong seseorang untuk melakukan perkara –perkara yang baik dan terpuji sahaja.
iv. Hilangnya sifat malu menyebabkan seseorang melakukan segala perbuatan yang tidak sopan dan bertentangan dengan akhlak dan susila.

3. KESEDARAN MEMPERBAIKI DIRI.

Sebagai anggota perkhidmatan awam kita hendaklah menjadi manusia dan insan yang mulia. Dari semasa ke semasa kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri dengan mengatasi kekurangan dan kelemahan diri sendiri.

Malah, Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan umatnya agar menjaga perilaku dan budi pekerti dengan sabdanya yang bermaksud, “Perbaikilah budi pekertimu sekalian”

Dalam hal ini, As Syahid Imam Al Ghazali menyebut semua budi pekerti yang indah boleh diperoleh dengan cara latihan diri iaitu :

i. dengan cara memaksa diri berbuat semua perbuatan baik sehingga lama kelamaan ia menjadi tabiat.

ii. berazam dan melatih diri kita untuk melakukan hanya dengan menunjukkan satu kebaikan pada setiap hari dan ia dilakukan berterusan.

iii. memastikan suatu kebaikan yang dilakukan pada hari ini adalah lebih baik daripada apa yang dilakukan semalam.

4. SIFAT PENYANTUN

Antara budi pekerti baik yang diutamakan ialah sifat penyantun. Sifat penyantun bermakna tanda-tanda kesempurnaan akal fikiran dan penguasaannya terhadap segala detikan nafsu yang mendorong seseorang itu melakukan perbuatan atau tingkah laku buruk yang rendah akhlaknya. Antara contoh sifat penyantun ialah:

· menghormati orang lain;
· amanah;
· rasa malu jika melakukan kesalahan; serta
· wujud kekesalan dalam diri jika melanggar peraturan.

Budi pekerti yang baik yang ditunjukkan biasanya akan sentiasa dikenang orang. Menurut Imam Al Ghazali, budi pekerti dan sikap baik yang ditunjukkan oleh seseorang menggambarkan jiwanya yang sihat. Sebaliknya budi pekerti yang buruk pula menandakan jiwanya yang sakit.

Oleh yang demikian menjadi tanggung jawab kepada kita:

· memelihara jiwa dengan mendidik akhlak yang baik;
· mengisi jiwa dengan berbagai ilmu pengetahuan;
· mengubah sikap dan perlakuan diri yang dibenci orang;
· melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan; dan
· melakukan sesuatu melalui jiwa dan hati yang bersih yakni ikhlas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: