April 9, 2006

dilamun cinta….

Posted in Motivation at 9:25 pm by miharuyouth

seorang rakan malam ini menanya saya, bagaimanakah perasaannya apabila di lamun cinta..dia menanya saya bagaimanakah kita tahu yg kita sedang di lamun cinta…perasaan semasa dilamun oleh perasaan cinta….mm..saya pun tak ingat bagaimana ek perasaannya…walaupun tak sampai setahun saya putus cinta tetapi saya lupa bagaimana perasaannya…

ade banyak faktor yg akan membuatkan sesuatu cinta itu berjaya atau tidak..dan banyak sangat kes-kes sesuatu kisah cinta yg akan menjadikan cinta itu separuh jalan atau kekal sampai kehujung jalan, tetapi yg pastinya semakin saya menjauhi cinta semakin saya ditanya dengan soalan2 berkaitan dengan cinta…….semakin saya menjauhi manusia semakin ramai pula manusia yg saya kenali… semakin lupa saya pada kejadian2 semasa bercinta, semakin saya mengingati kembali saat2 bercinta..oleh kerana hendak mengingat kembali bagaimanakah perasaannya dengan cara utk memberi contoh2 berkaitan dengan pengalaman bercinta…

salahkah jika dalam usia2 muda sudah mula mencari cinta..walaupun sudah sekian maklum bahawa usia muda bercinta adalah sekadar hendak memenuhi fitrah manusia tetapi salahkan jika saya mengenali dia dan mula bercinta dengan dia…salahkah jika saya mula ingin memahami jiwa pasangan saya, ingin sama-sama berkongsi idea, sama-sama ingin berkongsi cita rasa, sama-sama ingin berkongsi arah tuju hidup ke alam bahagia..dan salah kah saya jika cinta saya yg saya kejar dan jaga dengan segala pengorbanan saya sehingga akhirnya mati ditengah-tengah jalan kerana cinta hati saya terjumpa satu simpang dan dia ingin beralih arah kerana ingin mencari kebahagian lain di simpang tersebut? salahkah saya jika saya merayu-rayu supaya kembali kepada saya dan dia langsung tidak mempedulikan saya malah jika beberapa tahun ni dia mati-mati mengatakan dia cintakan saya tetapi pada selama beberapa minit sahaja, dia mengatakan yg dia tidak pasti dengan cinta yg dia rasa….salahkah saya selama ini sanggup menyerahkan apa sahaja, sanggup berkorban kepada kekasih hati saya walau beribu duit sekali pun dan dengan duit yg ada cinta hati saya dengan senang belanja makan kekasih baru dia?

itu lah sketsa yg selalu berlaku semasa zaman remaja anak-anak kita dan mungkin pernah berlaku kepada diri kita sendiri…yang pasti usia manusia makin tua dan bukan makin muda, so apa salahnya jika dikesempatan waktu yg ade ini saya ingin belajar erti bercinta, saya ingin tahu bagaimana jika rasa bercinta, ingin tahu bagaimana jika saya dicintai oleh manusia…..

selalulah tanya kepada diri sendiri adakah kita betul2 inginkan perasaan cinta yang sebegini…dan kita sebenarnya tidak tahu samada kita perlukan atau tidak..

dengan perangai manusia yg pelbagai membuatkan saya tidak pasti apa hala tuju manusia itu sebenarnya…adakah ingin hidup semata2 untuk dunia sahaja..padahal menyedari yg kehidupan akhirat itu nyata..tetapi tidak pernah bersedia….

kepada rakan saya tadi, saya tidak tahu bagaimana hendak menerangkan bagaimana perasaan cinta yang ada, cuma bila anda akan tahu bila anda betul-betul menghayati perasaan cinta dan apabila bila anda betul-betul menghargai perasaan cinta, dan pada masa yg sama anda akan pasti bahawa itu adalah perasaan cinta. perasaan cinta yg perlu bijak dibezakan dengan perasaan suka…dan contoh-contoh perasaan yg timbul pada masa2 begini ialah,

jika bangun tido, dialah pertama kali yang anda akan ingat (itu jika hidup lagi…kalau saya, skang saya selalu fikir apa kerja yg nak diberskan hari ini)..

anda akan ternanti-nanti kemunculan si dia, tak kiralah dalam ym ke..sms ker..depan mata ker..belakang rumah ker…jika tak bertemu atau tidak berkata-kata atau bertulis-tulis maka tidak sah rasanya,

berjam-jam berbual di telefon atau berborak-borak tidak akan rasa lama malah akan rasa ..aikk…kredit dah habis dah…

semakin lama berbual-bual, banyak pula topik-topik yg nak dibincangkan…termasuklah topik..anda pasti ke anda akan hidup esok?

sehinggakan jika anda hendak makan atau hendak masak pun sudah terbayang-bayang bahawa dia di depan anda dan mulalah anda berimaginasi yang hanya anda je yg tahu…

sentiasa mengecek hanset jika ade sms dari si dia…

sentiasa mengecek ym apa status si dia….

anda akan sentiasa menantikan kemunculan si dia tetapi selepas memulakan bicara, anda tidak pasti betul ke tidak perasaan yg ada ini…

akan sentiasa mengikuti perkembangan dia…soalan-soalan yg ditanya adalah berdasarkan kepada kecerdikan dan keintelektualan sesetengah individu..kadang-kadang lebih berjaga-jaga supaya tidak akan disedari oleh si dia dan ternyata cara ini lebih berjaya.

jika pada masa yg sama meluahkan perasaan tetapi akhirnya tidak disedari maka pada masa itu juga secara otomatiknya ego dalam diri akan semakin wujud…(saya pun tak paham kenapa…)

sesetengah akan cuba untuk memberitahu rakan-rakan tentang perasaan ini..tetapi sesetengahnya akan cuba menyembunyikan….sehingga meletup dan akhirnya terpaksa mencari jalan keluar dengan bertanya kepada rakan….dengan cara yg paling halus…

setiap masa akan sentiasa terkejut dengan kehadiran si dia yang dengan tiba-tiba…

dan juga saya akan kata bahawa anda sudah pasti dan nyata sudah menyusahkan diri sendiri dengan cinta, kerana banyaknya masalahnya berbanding kebaikannya…lebih-lebih lagi pada zaman serba moden yg semakin menguntungkan manusia tetapi pada masa yang sama menyusahkan manusia..sesiapa yg pernah bercinta akan faham maksud saya…dan sesiapa yg sudah faham maksud saya mungkin pada masa yg sama sudah mula merancang mencari-cari cinta yang baru…

dan kepada rakan saya tadi, saya tidak tahu bagaimana ingin berkongsi idea dan pengalaman dengan anda kerana saya sendiri tidak pasti dengan keadaan yang berlaku dan saya sebenarnya suka memikirkan sesuatu perkara dari sudut yang positif…jika benarlah si dia adalah jodoh kamu, makanya suatu hari nanti hanya dialah yg akan kamu jumpa, jika tidak, saya tidak nafikan akan ada manusia yg seharusnya tersedia untuk kamu..cuma kena banyak bersabar dan jalani hidup ini dengan tenang dan ceria…

mmm….saya terpaksa berhenti kerana ade kerja rumah yg perlu dibereskan..dan si dua ketul itu nak makan mi….dan saya terpaksa menggosok baju-baju kurung saya yg semakin lama semakin membukit kerana adik saya merangkap org gaji saya waktu ini tidak mahu menambahkan pendapatannya minggu ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: