July 11, 2006

Sebuah kisah yang tidak sempurna

Posted in Emails From Me Friends at 10:57 am by miharuyouth

Seorang wanita Cina sering membawa 2 labu besar yang digantung di hujung ke dua belah sebatang kayu yang itu diletak di atas bahunya. Walaupun satu dari labu itu telah retak dan bocor hingga paras air akan surut ke separuh, wanitu itu tetap menggunakan labu itu. Setiap hari selama 2 tahun, wanita itu hanya dapat membawa pulang air sebanyak satu setengah labu.

Maka, tidak menjadi hairan apabila labu yang baik itu merasa bangga dapat digunakan untuk membawa pulang air yang penuh berbanding dengan labu yang retak dan merasakan malu kerana kecacatannya tidak dapat membantu sepenuhnya.
Setelah 2 tahun, labu yang retak itu menyatakan kepada wanita itu: “saya amat hampa dan malu tidak dapat membantu Puan sepenuhnya disebabkan kecacatan diri”

Wanita itu tersenyum dan berkata: “Kamu perasan tak bahawa terdapat banyak pokok bunga di sebelah bahagian dirimu setiap kali kita pulang? Saya memahami ketidaksempurnaan diri mu maka saya menanam pokok pokok itu dengan sengaja agar air yang tumpah dari mu dapat menyiram mereka setiap hati”

“Dan kerana itulah, selama 2 tahun ini, saya telah dapat memetik bunga bunga tersebut untuk menghias rumah. Tanpa (ketidaksempunaan) diri mu, sudah tentu rumah ini tidak dihiasi indah”

Setiap yang dari kita mempunyai ketidaksempurnaan. Namun, ketidaksempurnaan inilah yang menjadi kehidupan kita ini lebih bermakna dan mencabar. Terimalah sesatu individu itu dengan segala kelemahan dan ketidaksempurnaan mereka dan carilah kebaikan yang terdapat.

Kepada semua sahabat yang merasakan tidak sempurna, hadapilah kehiduan ini dengan lebih tabah dan ketahuilah bahawa ketidaksempurnaan itu kesempurnaan tersendiri.

saya kata:

“kita jarang untuk menghargai sesuatu yg tidak sempurna pada pandangan kita…kerana kita suka sesuatu yg indah dan cantik…kadang-kadang kita turut akan diuji dengan ujian kesempurnaan ini..mencari-cari sesuatu yang indah tanpa mengambil kira tentang perkara-perkara yg tidak indah…saya pun begitu kadang-kadang….suka benda2 cantik…kadang2 kita sendiri pun tak cantik sangat..ituah manusia..selagi diberi akal untuk berfikir, fikir lah yg mana baik dan buruk..bukannya setiap masa pun..kadang2 je…terimalah seadanya…buruk pun dari Allah juga..takkan Allah nak mencipatakan sesuatu tanpa sebabnya…setiap apa yg dijadiikan Allah ade ceritanya..kita manusia sahaja yg lupa untuk mengambil tahu….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: