August 26, 2006

halal dan tidak halal..

Posted in Unknown at 12:30 pm by miharuyouth

isu halal dan tidak halal semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam kini. Jika dulu kita mungkin tidak didedahkan dengan segala jenis barangan halal atau tidak halal ini tetapi sejak akhir-akhir ini ianya menjadi isu sensitif kepada umat Islam..bukannya dulu tak sensitif tetapi jarang di beri perhatian khusus lebih2 lagi sejak ianya melibatkan ekonomi eksport ke negara Islam.

Saya bukanlah ingin mengulas isu halal dan tidak halal ini dari kacamata ekonomi kerana saya bukanlah antara pengulas ekonomi yang layak untuk menulis berkaitan sumber kewangan negara tetapi saya ingin mengutarakan sedikit sebanyak kejadian yang sering terjadi dalam kehidupan kita berkaitan isu halal dan haram ini.

Di Kuantan ini sahaja nampaknya umat Islam tidak segan silu untuk masuk ke kedai bukan Islam walaupun untuk minum secawan kopi. Saya pun tidak pasti jika di kebanyakan restoren ada tanda halal kecuali tanda ‘ditanggong halal’ yang masih ada lagi ditampal pada sesetengah kedai makan. Sebenarnya banyak kedai makanan yang baru tumbuh di sini, dan populasi pemiliknya ialah orang yang bukan Islam. Untuk menarik pelanggan yang Islam terutamanya, kerana jumlah umat Islam di sini lebih ramai berbanding agama lain, mereka turut menyediakan makanan yang hampir menyerupai makanan orang Islam, jika dilihat dari segi makanan, kita boleh lihat bahawa makanan kita hampir dikongsi oleh pelbagai kaum di sini dan tidak timbul jenis makanan yang tidak  boleh dimakan oleh orang Islam (selain yg diterangkan haram hukumnya.). Contohnya di sini, nasi lemak boleh dinikmati di kebanyakan kedai-kedai Islam dan bukan Islam.

Kenapa umat Islam tidak malu dan masih masuk kedai yang sama walaupun mereka tahu bahawa kedai itu bukan kedai orang Islam? Saya pun pelik. Di depan pasar besar ada gerai-gerai kecil yang populasi penjualnya adalah orang bukan Islam, hanya segelintir sahaja yang Islam tetapi mereka yang Islam ini masih lagi sanggup membeli tau fu fa dari gerai air soya, atau air tahu dari pekedai bukan Islam… sama-sama lah fikir sendiri. Jika ada umat Islam yang sebegini sudah tentu ianya akan memberi satu pendedahan baru kepada peniaga bukan Islam bahawa umat Islam boleh membeli makanan atau minuman dari mereka dan ianya mungkin memberi satu peluang perniagaan baru kepada mereka khasnya untuk umat Islam.

Saya mengunjungi salah satu restoran di Jalan Gambut ini. Saya was-was bahawa pemilik restoren ini adalah bukan Islam, namun saya turut sama terlibat dalam tragedi pengkhianatan kepada diri sendiri dengan sama-sama masuk ke restoran tersebut dan walaupun tersangat lah lapar pada tengahari itu dan hanya memesan teh ais sahaja. Mata saya melilau kepada pengunjung restoran tersebut. Ada melayu. Saya meninjau ke arah tukang masak restoran itu. Rakan saya kata tukang masaknya orang melayu tetapi apa yang saya nampak ialah bukan melayu. yang melayunya hanya berfungsi sebagai pemotong sayur semata-mata.

Air yang saya minum tidaklah habis. Saya tidak sanggup nak meneguk. Di kaunter bayaran saya terlihat sijil halal yang di keluarkan sudah tamat tarikhnya setahun yang lepas.. Takkan semua tak sedar dalam hal ini. Tak reti membaca ke apa? Saya berjanji kepada diri saya agar tidak mengunjungi restoran itu lagi.

Berapa ramai antara kita yang prihatin dengan barang-barang yang dijual di pasaraya dengan melihat kepada tarikh luput makanan atau tanda halal yang mungkin ada mungkin tiada pada barangan yang ingin kita beli? Setakat ini saya sudah lihat banyak jenis tanda halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dan saya pasti mana satu tanda halal yang betul2 tepat. Pada barangan makanan wajiblah kita melihat kepada tanda halal itu. Saya tidak puas hati kepada sesetengah makanan dalam tin yang masih tidak ada tanda halal JAKIM tetapi masih lagi dipasarkan, banyak pula tuh..Saya rasa jika anda terjumpa saya sedang membeli belah dipasaraya, mungkin anda akan kenal saya yang begitu cerewet membandingkan harga dengan membanding2kan logo halal antara satu barang dengan barang yang lain.

Syukur kerana kini banyak barangan yang telah pun mempunyai tanda halal tetapi ada segelintir pasaraya yang menjual barangan import yang kita sendiri tidak tahu halal atau tidak tetapi masih mendapat tempat di hati pengguna umat Islam…tak reti ke atau pun buat-buat tak reti..

Kita tidak begitu prihatin sangat terutamanya soal makanan kita. Walaupun makanan yang kita makan dimasak oleh umat Islam sendiri tetapi tahap kebersihan mestilah mematuhi apa yang dinamakan bersih. Rakan-rakan saya selalu menegur saya setiap kali saya mula memandang makanan saya atau minuman saya kerana setiap kali saya merasakan benda yang pelik pada makanan saya, setiap kali itu lah saya ternampak ada serangga dalam air, ada ulat dalam mee goreng, ada rambut dalam mihun, perkara-perkara kebersihan yang masih lagi ada. Saya tidak salahkan tukang masak atau peniaga dalam ini kerana kita masing-masing tahu yang mereka sudah penat bekerja sehari suntuk memasak dan melayan pelanggan dan mungkin kadang-kadang tidak sedar bahan-bahan yang mereka gunakan ada rambut dan sebagainya tetapi ianya sudah menjadi tanggungjawab mereka memastikan makanan atau minuman yang disediakan adalah bersih dah halal.

Biarlah kita kolot dalam memilih barangan makanan untuk keluarga kita dan untuk umat Islam yang lain. Jika pun anda pasti dengan kandungan makanan yang tiada logo halal pada barangan tersebut tidak perlulah anda mengenalkan barangan tersebut kepada rakan-rakan anda yang lain. Cukuplah anda sahaja yang terlibat mengkhianati diri sendiri dalam hal itu, tidak perlulah melibatkan saudara mara atau keluarga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: