August 26, 2006

perasaan

Posted in Motivation at 12:17 am by miharuyouth

saya rasa yang saya sudah lama tidak bercerita di dalam web ini..mungkin saya sibuk ataupun mungkin saya langsung tidak mempunyai kerja. Malam ini saya nak bercerita mengenai perasaan, meluahkan perasaan dan menerima segala jenis perasaan yang hadir dalam diri kita..

kita mungkin tidak ‘kisah’ atau tidak amik ‘peduli’ tentang perasaan kita jika kita dikecewakan, saya pasti yang ramai pengguna internet turut menggunakan internet sebagai salah satu bentuk luahan perasaan diri sendiri..dan internet jauh lebih baik dari rakan kita sendiri kerana jika kita asyik meluahkan perasaan kita kepada rakan kita, lama-lama rakan kita akan naik boring, dan akan cuba menjauhkan diri daripada kita.

Dengan adanya internet, kita bebas meluahkan sebarang isi permasalahan, kita bebas mengambil segala bentuk penyelesaian dan kita bebas untuk berinteraksi dengan pengguna internet yang lain, tanpa sebarang masalah jika kita tidak mengenali dia ataupun dia tidak mengenali kita.

“awak boleh luahkan segala masalah awak dengan saya..”
“saya malu..”
“buat apa nak malu pun, awak bukannya kenal saya pun..”

mungkin ini lah salah satu kesilapan kecil yang kita lakukan tetapi jarang untuk fikirkan secara mendalam apakah rasionalnya kita berhubung dengan seseorang melalui internet..

saya kira berapa ramai antara kita yang putus cinta dan terus menggunakan google untuk mencari ketenangan dan semangat baru melalui internet. Dan saya pasti antara keyword yang biasanya digunakan ialah, ‘kenapa lelaki menipu..’,’putus cinta’,’biar je lah..’,’cinta..’ dan banyak lagi perkataan lain mengenai hati dan perasaan dan sebenarnya pencarian itu bukanlah menjadikan seseorang itu banyak membaca dan memahami tetai hanya cuma dapat menghiburkan hati dalam jangka masa yang sekejap sahaja..

perasaan yang hadir dalam diri kita jarang sangat untuk kita luahkan kepada orang yang terdekat dengan kita, kawan-kawan ataupun keluarga kerana kita masih takut untuk meluahkan perasaan atau berkongsi masalah dengan rakan-rakan kita. Semasa proses perasaan itu hadir dalam diri kita, kita lebih suka bertindak terburu-buru dengan mencari rakan baru atau sesiapa sahaja yang kita kenal untuk meluahkan perasaan kita. Kenapa yer..kita lebih suka berkongsi rasa atau meluahkan isi hati atau ketidaksenangan jiwa kepada mereka yang kita tidak kenal atau kepada mereka yang langsung tidak tahu apa-apa pun mengenai kita. Kita suka bercerita dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang hanya dengan berchatting atau email semata-mata..

Kita lebih senang bercerita dan meluahkan segala perasaan marah, sedih , kecewa, hilang semangat kepada mereka yang langsung tidak kenal siapa dan pada waktu yang sama, turut membebankan mereka kepada masalah peribadi kita, tetapi adakah mereka kisah? Langsung tak, dan ternyata mereka memberi respon yang baik terhadap masalah kita..Persoalannya kenapa kita lebih cenderung untuk berkongsi dengan mereka yang tidak kita kenal?

Mungkin disebabkan oleh ade lagi sisa2 perasaan ego pada diri sendiri yang menginginkan pihak yang mendengar supaya meyokong kita, walaupun perasaan yang dialami itu mungkin berpunca dari diri kita. Tetapi sanggupkah kita mendengar kritikan demi kritikan yang dilemparkan kepada kita sedangkan kita adalah mangsa kepada keadaan ini? Langsung tidak!! Kita kadang-kadang tidak sekuat mana untuk memulihkan diri sendiri. Tidaklah sekuat jika kita mengangkat gula 2 kilo, yang mana kita tahu bahawa kita sanggup mengangkat gula tersebut, tetapi menerima semua permasalahan dengan sendirian, adalah satu perkara yang membebankan…

Orang yang tidak mengenali kita akan cuba sedaya upaya mereka untuk menasihatkan kita walaupun kita langsung tidak kenal dia dan dia langsung tidak kenal kita, kenapa? Sebab manusia masih lagi mempunyai satu perasaan kuat untuk menolong manusia yang lain selagi ianya tidak

Orang yang tidak mengenali kita akan menolong kita menaikkan semangat kita akan menolong kita memahami permasalah kita kerana perkara tersebut sedikit sebanyak tidak langsung menjejaskan kehidupan peribadi mereka.Cukuplah mereka tahu yang mereka ada satu hubungan tidak langsung dengan kita.

Orang yang tidak mengenali kita sedikit sebanyak akan cuba memahami kita walaupun mereka tidak tahu cerita disebaliknya atau cerita sebenar berkaitan sesuatu perkara.

Manusia mempunyai perasaan yang berubah-ubah. Bayangkan dalam masa satu hari berapa hati yang telah dikecewakan, berapa jiwa telah dihancurkan dan berapa banyak jalan yang diambil untuk mengubat luka terpendam. Jangan mengambil jalan yang mudah, berjumpalah atau
berinteraksilah dengan mereka yang pakar berkaitan dengan soal jiwa dan perasaan. Jangan melulu dalam membuat keputusan. Jangan fikir bahawa jika kita dilanda kemelut sebegini, ada manusia lain yang akan menjadi tempat untuk kita dengan sesuka hati meluahkan isi yang terpendam.

Kita tidak sedar sebenarnya,masalah lain yang akan turut timbul jika kita melulu dalam membuat keputusan. Masalah yang turut melibatkan hati dan perasaan si pendengar dan si penyampai. Masalah tetiba jatuh hati dengan si pendengar yang tidak kita kenali. Masalah lama yang tidak pernah selesai tiba-tiba muncul masalah baru..

Mempunyai perasaan kepada rakan baru kita yang langsung tidak kita kenali adalah salah satu perkara mengarut yang akan timbul dalam diri kita. Bagaimana kita boleh jatuh hati kepada mereka yang langsung tidak kita kenal? Nampak sangat imaginasi kita terlebih jauh dari yang sepatutnya. Nampak sangat yang itulah yang kita harapkan di awal perkenalan kita dengan mereka.

Terima segala jenis perasaan begini dengan hati yang terbuka dan dengan secara rasional kerana kita tidak mahu suatu hari nanti kita sendiri yang terperangkap dalam dilema perasaan yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Perkara-perkara sebegini tidak akan timbul dalam jangkamasa yang pendek. Hasilnya akan wujud dalam jangkamasa yang panjang. Tidak salah jika kita ingin meluahkan masalah kita dengan manusia yang lain kerana perkara sedemikian adalah merupakan satu kebiasaan atau normal dalam masyarakat jika kita mempunyai keinginan untuk berkongsi dengan orang lain. Tetapi haruslah berpada-pada dan mestilah sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa hanya Allah sahaja menjadi tempat kita mengadu kerana hanya Allah sahaja yang dapat memulihkan semangat kita dan hanya Allah sahaja yang dapat mengembalikan kita kepada diri kita yang asal..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: