September 9, 2006

memahami lagi?

Posted in Motivation at 11:29 am by miharuyouth

semalam salah seorang rakan saya sms saya menanyakan saya “bagaimana nak buatkan orang lain memahami diri kita…”..saya fikir pertanyaan itu mempunyai banyak makna tersirat disebalik..terus terang saya katakan yang saya sudah berputus asa untuk mengharapkan manusia lain memahami diri saya…

“sebenarnya rakan yang saya kenal ini saya tidak pernah melihat wajahnya..saya cuma kenal beliau melalui forum semata-mata, dan melalui ym..dan beliau kini sudah pulang ke malaysia selepas melanjutkan pelajaran ke Mesir..beliau bukanlah org pertama yg bertanya kan soalan yang sama kepada saya…saya harap beliau akan cekal menghadapi kehidupan seharian dan InsyaAllah beliau akan menjadi ustazah suatu hari nanti…saya pun hairan apalah daya penarik yg ada pada saya sehingga beberapa kenalan yang baru saya kenal ‘melekat’ dengan saya..yang penting bagi diri saya ialah jujur dengan diri sendiri dan jujur dalam berbicara..bagi saya, tiada apa-apa faedahnya jika kita menipu dan menyembunyikan sesuatu perkara jika kita yakin yang setiap pertemuan sudah dirancang oleh Allah..”

mengenai soalan yang ditanya oleh sahabat saya tadi..saya masa itu langsung tidak dapat memberi jawapan yg sesuai sebabnya saya sedang menonton cerita korea di tv 8..tetapi saya ingin memberikan jawapan sejujurnya dan jawapan yg berasal dari hati saya sendiri.

Saya tulis…”jika hendak orang lain memahami kita, kita dulu yang perlu memahami orang lain..cara yg paling mudah nak memahami ialah kita letakkan diri kita dalam situasi orang lain..dan fikir..apa yg akan kita lakukan jika kita berada di dalam keadaan dia..”

saya ni bukanlah banyak pengalaman sangat dengan manusia pun..hanya berdasarkan kepada pengalaman sendiri semata-mata. Seperti yang saya katakan tadi, saya boleh meletakkan diri saya di dalam situasi orng lain tetapi saya tidak pernah mengharapkan agar orang lain dapat berbuat benda yang sama kepada saya..

sms sahabat saya tadi di balas balik dengan soalan..”habis kalau takde orang yg memahami ..kita nak buat apa?”

senang aje saya jawab..”kita buat biasalah je lah…”

“ade ke orang yang memahami kita..”

“takde orang yang memahami kita..dan kita pun tak perlu nak harapkan orang lain memahami kita…”

“tetapi kenapa keluarga saya sendiri menjauhkan diri daripada saya..”

“kadang-kadang jurang yg berlaku itu mungkin berpunca dari kita dan tidak salah jika kita yg mulakan dulu mendekatkan jurang itu..sekurang2nya kita cuba..jika tak cuba tak tahu apa keputusannya…dan jika ianya dapat merapatkan semula hubungan itu…apa salahnya jika kita yang terasa…”

dan sms itu berhenti..mungkin takde kredit ataupun tertido…

tetapi perkara yg saya inginkan tekan kan disini ialah..walau sejauh mana kita menekan google untuk mencari bagaimana, kenapa nak memahami orang lain atau tidak…saya rasa jawapannya ada pada diri masing-masing…apakah sebabnya kita nak memahami orang lain..adakah supaya orang yg kita nak faham itu akan secara otomatik akan memahami kita? adakah supaya kita dikenali orang lain sebagai orang yang senang berbicara dengan orang lain ataupun supaya kita akan lebih rapat dengan orang yang kita suka…

saya teringat sketsa saya dengan rakan saya..

katanya, “dia suruh saya memahami apa kehendak wanita yang lain…barulah saya akan tahu apa yg dia nak dari saya….”

saya pun tak tahu apa masalah teman wanita sahabat saya ni sehinggakan meminta tunangnya itu berhubung atau cuba mengenali dengan wanita-wanita yang lain supaya perhubungan mereka akan menjadi lebiih baik dan supaya rakan saya yang jejaka ini akan dapat memahami kehendak dia sebagai seorang wanita…

mengarut!!!!!!!

memahami orang lain bukanla supaya kita mendapat balasan supaya org lain dapat memahami kita kembali..

saya tidak faham mengapa¬†kita perlu menyulitkan perkara-perkara yg sebenarnya tidak sulit semata-mata untuk kepentingan diri sendiri..sudah tidak wujudkah perasaan berterus terang di sini..salahkah jika berterus terang..jika anda tidak suka kepada pasangan anda dan ingin memutuskan perhubungan, cubalah berterus terang..dan tidak perlu menyalahkan diri sendiri atau orang lain dengan ayat-ayat…”saya tidak memahami awak..” ataupun “awak tak memahami saya…”..”saya tak tahu kenapa awak tidak pernah memahami saya selama ini…”..”sebenarnya saya sendiri tidak paham tentang diri saya…dan saya nak letakkan semua kesalahan ini keada awak”…..

kuatkan keyakinan diri dalam hal yang berkaitan..belajar memahami dengan orang lain dengan cara belajar mengenali diri sendiri terlebih dahulu..tidak perlu menjadi seorang yang hebat untuk membolehkan kita memahami orang lain..setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing…setiap manusia berupaya memahami manusia yang lain..cuma cara atau keadaan yang tidak sama..tidak perlulah kita mempersoalkan kenapa si dia itu tidak pernah memahami saya atau kenapa tidak ada manusia yg memahami saya..sehingga kita betul2 memahami diri kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: