April 10, 2007

lama tak bertemu…

Posted in Unknown at 4:31 pm by miharuyouth

kali terakhir saya menulis mungkin bulan mac 2006 dan sekarang ni sudah masuk april 2007…lama sungguh…saya pun tak pasti apa yg saya lakukan dalam setahun ini, yang pastinya memang banyak yang berlaku dan banyak perubahan yang saya alami…jika dulu saya bekerja sebagai programmer di kuantan ni tetapi sekarang saya bekerja di Maahad Tahfiz Negeri Pahang ni..sebagai apa saya pun tak pasti, tetapi yang pastinya kerja saya memang multitasking…selepas organisasi yang baru, kedudukan saya di tangga ketiga selepas datok sebagai pengarah, ade 2 orang ustaz sebagai penolong pengarah, dan kemudian saya, barulah 3 kerani, operator dan pembantu am… pun saya tak tahu kat mana kedudukan saya, yang pastinya…(banyaknya yg pasti), saya kene uruskan perpustakaan, makmal komputer(sebab saya tahu sedikit sebanyak tentang komputer), saya ditugaskan untuk menguruskan tuisyen dan memantau bahagian kewangan…sementara pen pengarah kewangan masih dalam proses pencarian…tetapi alhamdulillah saya gembira dengan kerja saya sekarang…sejak bekerja di sini rezeki saya tak putus-putus walaupun 2 kali accident dan wang simpanan saya dihabiskan dengan membaiki kereta saya, tetapi rezeki saya tak pernah putus..antaranya, ustaz2 yang berjawatan pensyarah di sini selalu belanja saya makan…hehehe….

tetapi untuk mendapat apa yang saya kecapi sekarang ini bukanlah mudah, saya perlu menjalani satu proses kecaman dan kedengkian yang dilemparkan ke atas saya, tugas saya pertama sebagai perpustakawan, hanya saya keseorangan berada di perpustakaan sehinggakan ade pihak atasan yang mengatakan saya tidak bekerja…saya ditugaskan untuk membuat sistem di perpustakaan…ade kerani2 yang tidak puas hati dengan saya, secara kasarnya mereka membuat tohmahan di belakang, tetapi bila di depan, mereka amatlah baik dengan saya…sebenarnya mereka tidak berani tetapi mereka pernah berbuat demikian,  dan saya hanya memandang mereka dengan satu pandangan yang nampak tak nampak sahaja. Saya tidak berminat untuk mencampuri urusan mereka, apatah lagi ingin menimbulkan isu atau sengaja mendekati mereka semata2 satu isu. Saya tidak gemar untuk berada di situ dan mendengar segala permasalahan mereka apatah lagi mencampuri urusan mereka.

 saya dimasukkan ke pentadbiran akademik, saya mempunyai satu lajnah saya sendiri. Antara para ustaz yang terlibat dengan 12 lajnah, saya dimasukkan ke lajnah pusat sumber dan ict. Di sini jawatan kami tidak pasti dan tidak tetap, saya pun tidak faham kenapa, pada masa yang sama saya ditugaskan untk menguruskan tuisyen untuk semua pelajar di sini..pun dalam keadaan sembunyi2..saya lebih banyak mendiamkan diri dalam hal-hal sebegini, bukannya saya menjadi seorang pekerja yang suka nak amik tahu tentang hal-hal remeh dan sama-sama berbunyi untuk menyelesaikan masalah…kerja saya memerlukan saya sentiasa berfikir untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup saya setiap masa…

Baru je tadi saya mengalami masalah kehilangan kunci..saya perlu membetulkan semula server di situ, masalah saya ialah saya tidak menjumpai kunci kotak simpanan kunci. Perkara sedemikian sudah banyak kali terjadi, sekarang mereka telah menyedari yang mereka kehilangan kunci gara2 saya meminta kunci untuk membetulkan server..saya tak tahu bagaimana nak selesaikan masalah mereka yang kehilangan kunci..kerana saya tahu yang pandangan saya sedikitpun tidak akan diterima oleh mereka. saya lebih suka membiarkan mereka yang menyelesaikan masalah mereka sendiri…dan masalah mereka yang nampak besar sekarang ini ialah kehilangan kunci…jika anda membaca cerita ini tentu anda fikir yang pentadbiran di sini tak sebijak pentadbiran di tempat2 lain..dan sebenarnya ini lah situasi yang akan berlaku di mana2 organisasi. Jika anda bekerja di bahagian di mana anda perlu membiasakan diri dengan kerani, ini lah corak pemikiran mereka, jika dulu saya bekerja di atas, kini saya lebih banyak bekerja di bawah….walaupun saya mempunyai degree tetapi gaji saya masih lagi dibayar sama seperti yang lain…saya tidak pernah mempertikaikan perkara itu, sebab tujuan saya bekerja di sini ialah saya ingin anak didik yang bakal hafiz dan menjadi golongan profesional ini supaya sama-sama berjuangan untuk kecemerlangan bukan sahaja akademik malah sahsiah diri..saya suka berkongsi pengalaman saya, pengetahuan saya dengan mereka, saya suka untuk sama-sama berkongsi masalah dengan mereka, saya ingin sama-sama memotivasikan diri…dan sama-sama berkongsi rasa dan pemikiran dengan mereka..mereka adalah pelajar-pelajar yang menjadi harapan supaya dapat membetulkan diri dan bangsa melayu…terutamanya golongan agama yang selalu dipandang rendah oleh orang yang tidak faham akan agama…

dan sebab itulah , saya menerima kerjaya saya sekarang dengan harapan Allah meredhai saya..walaupun banyak mulut yang bercerita tentang saya, ade aja yang nak menjatuhkan saya tetapi apa yg berlaku kepada saya ialah, saya makin lama makin naik…naik ke atas..ade aje tangungjawab yang saya lakukan…jika kita bekerja dengan tidak mengharapakan balasan orang, InsyaAllah Allah akan membalasnya tanpa kita sedari.. jika bekerja dengan niat untuk mendapat duit yang banyak..hanya duit sahaja lah yang akan kita dapat…dan duit itu pun semakin lama semakin tak cukup…

saya bersyukur dengan rezeki yang Allah beri kepada saya..walaupun ade kalanya saya mengira-ngira semakin hari semakin banyak…semoga Allah menghilangkan sifat kedekut dlam diri saya dan sifat berangan-angan dalam diri saya, semoga Allah memberi rezeki apa yang sesuai dengan perbuatan saya…walaupun saya banyak buat OT tetapi saya tidak pernah terfikir untuk claimkan OT saya kerana, saya rasa kerja yang saya buat kadang2 bukanlah untuk organisasi saya sekarang, mungkin lebih kepada kerja-kerja yang lain dan tiada kaitan dengannya…bersalah saya jika turut claimkan OT itu..itu bukan hak saya…

Kerjaya saya di sini adalah satu titik permulaan untuk saya..sehingga kini ….

1 Comment »

  1. wan_al_hafiz said,

    salam..

    isk isk..sebak saya rasa bila baca cerita mak cik ni. Tapi memang itulah hakikat perangai manusia yang pelbagai ragam..

    Mak Cik.. nanti saya balik cuti awal tahun 2009 ni kan, saya nk bagi satu hadiah special tau..khas buat mak cik..:D


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: