April 11, 2007

murung dan tidak ceria

Posted in Unknown at 11:25 am by miharuyouth

hari ini inilah saya…langsung tak ceria..langsung tak senyum, kata orang jika tak senyum rezeki tak masuk..saya tak boleh nak senyum, takde sebab untuk senyum, tadi saya menghadiri meeting menjawab telefon, semua orang di pejabat bertanggungjawab untuk menjawab telefon jika telefonis tiada, saya tak reti nak menjawab telefon, apatah lagi untuk melayan karenah manusia di telefon, lepas tu saya berbincang dengan seseorang, seseorang yang mengambil keceriaan saya sejak beberapa minggu yang lalu, saya selaku manusia baru dalam pengurusan telah melukakan seseorang itu dengan tindakan saya yang kebetulannya telah mengguris hatinya beberapa hari yang lepas. Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah kali saya memohon maaf dengannya. Saya tahu ianya memang salah saya, langsung sungguh salah saya..tetapi dia melemparkan satu ayat yang tidak langsung saya terfikir yang dia akan berkata demikian terhadap saya…padanya saya ni nampak luar aje baik tetapi bukan didalam..saya tak sangka org yg saya hormati sanggup berkata demikian…tadi saya berbincang dengannya, mungkin datok memerhatikan kami dan dia berlagak profesional sedangkan sebenarnya dia masih terasa dengan saya..tetapi itu bukanlah alasa untuk saya monyok dan tidak ceria langsung hari ini…peristiwa semalam yang membuatkan saya lebih baik tidak bertegur sapa daripada menyapa.

saya mengambil tindakan untuk tidak memandang orang itu kerana saya dapat rasakan tidak perlu, sebabnya dia juga tidak pedulikan saya. mungkin ianya memang patut berlanjutan sehingga bila-bila sebabnya saya rasakan tidak perlu. Dia hanya akan menegur jika perlu, itu bukan cara saya, dan saya budak dididik sebegitu. Saya jadi menyampah dengan sifat dia. Bukan nak burukkan dia tetapi perasaan sebegitu tak sepatutnya wujud dalam diri dia. Saya mengambil jalan lain semata-mata tidak mahu bertembung dengannya. Bayangkan saya selalu menegur dia dan dia buat tak tahu aja. Sudah tentu saya menyangka yang dia memang tak nak menjawab teguran saya. Saya tak tahu apa masalah dia terhadap saya ataupun saya sahaja yang perasan.

Saya dapat rasakan hidup saya dikawal oleh orang lain.

1 Comment »

  1. wan_al_hafiz said,

    salam..

    hmm.. perangai kita nampak macam sama jer..sejak bila mak cik boleh jadi pendiam ni? hehe..ker terkesan dengan perangai ‘anak saudara’ kat sini ni?:P..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: