April 13, 2007

bangga…

Posted in Unknown at 8:43 am by miharuyouth

” takde sapa yang boleh buat report sebaik anak saya, even orang yang ada degree pun tak boleh buat”

antara ayat-ayat yang dilemparkan kepadaku semalam…tak tahu nak buat muka macam mana. datangnya dari seseorang yang aku hormati, tetapi sejak kejadian yang lepas, macam bertukar menjadi duri dalam hati pulak. Hipokrit…itulah ayat yang boleh aku gambarkan dia pada masa ini. Ayat-ayat orang marah, dan tentu aku boleh menerima tetapi jika dah lebih seminggu, marah pun sudah mula bertukar menjadi dendam…dan aku tak tahu kenapa aku diuji dengan ujian yang sebegini…semacam mempertikaikan apa yang ditakdirkan oleh Allah kepadaku. Sedangkan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan…Ampunkan aku ya Allah jika aku mempertikaikan keputusanMu. Kau telah tentukan pada sekian hari dan waktu, akan ade perselisihan antara aku dan dia, maka hari itu telah terjadi dengan izinMu…

dari sudut negatifnya, ayat-ayat itu melemahkan keadaan aku. lebih-lebih lagi bukan dilemparkan terus kepadaku, tetapi melalui perantaraan. kemungkinan dia pun tersilap langkah mengambil aku di sini padahal dia tidak tahu yang suatu hari nanti aku akan menyusahkan dia. mungkin dia menyesal mempercayai aku. aku tak dapat lupakan ayat-ayat dia dulu…nak ingat kembali pun rasanya mengundang kesedihan di dalam hati ini. salah aku…memang salah aku…dan kesalahan aku disalahtafsirkan, menjadi satu komplot yang lain, aku menjadi mangsa..betul2 terkena…dan aku mengaku salah..apa-apa hal pun, memang akan aku mengaku salah…

dari sudut positifnya, ayat-ayat itu sedikitpun tak menjejaskan aku. apalah yang nak dibanggakan sangat dengan anaknya itu. rata-rata anaknya yang aku kenal..masing2 ade perangai tersendiri. kadang2 aku menyampah..melalui pelbagai penceritaan, aku rasa kadang2 dia semacam tak berjaya mendidik anak..pelik sungguh..mungkin itu cara dia nak meluahkan isi hati dia..

bosan…

aku ade meeting lepas nih…

1 Comment »

  1. wan_al_hafiz said,

    salam..

    ehem..nampak tension jer..relaks la mak cik..;))


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: