April 30, 2007

tergamam….dan bimbang

Posted in Unknown at 1:28 pm by miharuyouth

kadang-kadang aku masih tergamam walaupun aku tahu keputusannya..kadang-kadang aku akan bimbang takut sekejap sahaja..kadang-kadang aku masih tidak pasti apa keputusan aku..cuma sekarang ini aku menetapkan yang aku tak akan pergi walau apa yang terjadi sekalipun..kadang-kadang aku bimbang yang aku akan terluka walaupun aku tahu yang aku memang tak akan pernah layak untuk terluka…

di sini..hari ini..sunyi..sepatutnya aku cuti..aku dah lama tak cuti..ade sehari lagi cuti nak dihabiskan..sepatutnya aku habiskan waktu dengan jamee..salwa..zaiton..dan xila…teman aku di tempat kerja, semuanya masing-masing berubah arah..semuanya menuju kejayaan hidup..semuanya merantau untuk mencari rezeki..salwa dan zaiton tinggal di tempat lama, hari ini mereka tak ke office..mogok kata mereka..

semalam ade saat-saat yang gembira dan ada saat yang akan bakal membuatkan aku terluka. Aku yakin yang aku akan terluka..sebabnya aku dah tahu keputusannya, selalunya benda yang kita inginkan jarang untuk kita dapat..jika aku pergi pun, ianya akan membuatkan aku kecewa sekali lagi sedangkan aku tahu yang aku akan kecewa..dan aku sendiri pun tak sanggup untuk menerima keadaan itu..

aku tak pasti apa hala tuju aku selepas ini, pelik dan menakutkan. aku sendiri masih mencari-cari apa yang aku inginkan dalam diri ini. nak je aku batalkan terus apa yang ade sekarang ini, aku tak yakin pada diri sendiri..ramai sangat yang mengambil kesempatan untuk menentang..jika diluahkan , memang ade yang akan mengambil kesempatan. Masalah dengan diri sendiri masih boleh diatasi tetapi masalah dengan orang lain, masing-masing ingin menjaga hati, membosankan…ada perkara yang sering membuatkan aku tertanya-tanya, bersediakah aku untuk menghadapi kehancuran itu? walaupun aku tahu kesudahannya begitu, walaupun aku tahu betapa jauhnya beza aku, walaupun aku tahu masih samar-samar keputusan itu..bersediakah aku..bagaimana lah nak tune semula otak aku…supaya bolehlah menerima…ataupun aku seorang sahaja yang berteka-teki begini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: