May 16, 2008

8.45pm

Posted in Unknown at 8:56 pm by miharuyouth

waktu ini aku sepatutnya berada di rumah, waktu ini aku sepatutnya duduk dalam bilik, mungkin surf internet, waktu ini aku sepatutnya berada di depan televisyen sambil menonton tv, waktu ini banyak benda yang akan aku buat untuk menghilangkan tension aku. tetapi aku berada di sekolah ini, sambil menunggu pelajar menyiapkan ujian matematik , dalam pejabat ini, sepatutnya aku buat di dalam kelas mereka tetapi aku taknak jauh dari internet, so aku ajak pelajar-pelajar ini buat di sini, waktu ini sepatutnya aku dah dapat dah sms kawan tuh, sampai hati dia tak balas langsung sms aku..

hari ini, semalam, hari sebelum semalam, hari yg hari sebelum sebelum semalam, boleh katakan start minggu lepas, aku rasa tension… dan aku tak tahu nak luahkan kepada siapa tension aku itu, aku sebenarnya mengharapkan adalah agaknya sesiapa yang sudi mendengar luahan hati aku, tetapi nampaknya aku hanya membuang masa mengharapkan sesiapa akan cuba untuk mendengar, apatahlagi untuk kisah dengan permasalahan yang ada pada diri aku. Aku rasa baik aku putus asa dengan mengharapkan ada manusia yang sebegitu, sedangkan manusia sendiri pun banyak masalah hidupnya.

Kadang-kadang aku rasakan aku perlu untuk mengoraklangkah ke arah yang lain pula, setelah semuanya selesai di sini, aku yakin akan ada mereka yang lebih baik daripada aku untuk menguruskan semua ini, kehadiran aku di sini kadang-kadang tidak diperlukan pun. Jika aku ada pun seperti tiada, jika tiada pun agaknya tiada siapa pun yang akan tanya.

Aku mengantuk….sekarang ini….

Aku harap aku ok bila balik nanti…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: