August 12, 2008

busy..busy..busy..

Posted in Motivation at 9:24 pm by miharuyouth

itulah benda yang hampir berlaku kepada manusia sekarang ini sehingga sanggup buat apa sahaja untuk tidak busy, datang kerja hampir tak menang tangan, semua benda kene disiapkan pada masa yang sama, sehingga tak boleh nak fokus kepada satu-satu kerja sebabnya kalau asyik buat benda itu benda lain tak difikirkan langsung. itulah yang terjadi kepada semua warga manusia ni di dunia ini selagi bernyawa, kalau dah tak bernyawa takkan nak fikirkan hal-hal itu lagi. lain lah kalau ade segelintir yang tak busy langsung, maknanya takde kerja langsung ataupun tak reti nak mencari kerja. masing-masing ada stail kerja sendiri tetapi kadang-kadang kalau stail kerja tu tidak difahami bos, boleh haru-biru jadinya. kita nak buat cara lain, bos kata cara itu, itu tak timbul lagi isu bos yang syok sendiri, pendapat dia aje yang nak amik kira, pendapat orang lain sekadar mengabiskan air liur je memberi pandangan dan cadangan, at last pendapat dia juga yang diterima pakainya, tetapi kadang-kadang kalau bos guna pendapat kita, dan jika ada masalah pulak dengan cadangan kita tu, bos pun kata, bukan saya yang pilih, staf saya kata ok je… ada ke manusia semacam itu. oo tidak…. kalau nak bercerita tentang perangai bos, sentiasa ada rujukan di depan mata. sekarang ni nak bercerita tentang busy…ataupun sibuk…

sibuk benarlah kita ni kadang-kadang, kerja berlambak-lambak sehingga tak menang tangan. nak harapkan orang lain menolong takut disangka macam bos pulak, asyik nak menyuruh kerani buat kerja, nak potostat pun suh kerani, sehelai kertas je padahal, boleh aje sebenarnya pergi ke mesin potostat tu untuk potostat tetapi tidak, buka ym layan ym kawan mana entah, ym masa kerja. rasanya selalu terjadi itu, jarang sangatlah kalau ym masa kerja, kerja yang dibuat tu siap dengan cepat, makin lambat adalah. oo sibuk sungguh kita setiap hari, ada je kerjanya, ada je masalahnya, ada aje isu yang timbul kadang-kadang bukan isu kita, isu orang lain, ada aje kita nak memberi pendapatnya, itu tak termasuk lagi dah lah tengah sibuk tiba-tiba ada meeting pulak, bukan meeting kita, meeting orang lain, jadikan kita ajknya, nak menguruskan sesuatu kerja, kita lagi, asyik-asyik kita, takda orang lain ke dalam ofis tu yang boleh buat kerja, bukan boleh makan aje. dahlah keje tak siap lagi, ditambah pulak dengan keje baru, macam mana lah balik je rumah muka tak moyok, balik je rumah, asyik duk depan tv je, tengok sindarela ataupun citer hantu. dahlah tv pun tiap-tiap hari ada citer hantu, hantu pun tumpang sekaki dengan kita tengok dia sendiri. mungkin dia pun tak pernah tengok citer pasal dia.

sibuk benarlah kita ni setiap hari kalau semua orang suruh kita buat kerja, dah kita je yang boleh diharapnya, orang lain tak boleh diharap, tak cepat macam kita, tak pantas macam kita, tak kreatif macam kita, orang lain tak dapat anugerah pekerja cemerlang macam kita, lama-lama kita pun tak cemerlang, kita pun bukan reti nak menolak tugasan, takkan nak tolak arahan bos, kadang-kadang bos pun terasa hati buat kerja bos lain, sampai ada bos yang kata, kalau awak tak sanggup nak buat, saya boleh hantar kedai aja, pulak dah, dah kita aje yang pandai grafiknya, orang lain tak reti nak kreatif dengan kita. sampai disuruh pula kita buat balik kerja tu buat kat rumah pulak, dah bila masa nak tengok tv? bila masa nak hilangkan tension di rumah, kene buat keje masa keje, takkan sekarang pun kene buat kerja rumah juga, sama taraf dengan anak-anak kita lah pulak ada kerja sekolah…eleh…takkan lah kita ni tak boleh nak luangkan masa nak buat kerje ofis di rumah…tu cikgu-cikgu sekolah tu lagi busy giler..cikgu sekolah tu lain se busy deme pun..gaji deme besor..kita ni kerani aje..

sibuk benarlah kita kadang-kadang sampai tak tahu nak dahulukan yang mana satu. kadang-kadang kita tak tahu pun sebenarnya itu bukan kerja kita. yang kau nak buat semua tu sapa suruh. kadang-kadang nak tahu kita ni sibuk ke tidak, cuba senaraikan benda yang perlu kita buat satu hari dan senaraikan benda yang telah kita buat, dan cuba cek senarai itu dengan bos kita..cuba catatkan setiap perjalanan apa benda yang sibuk sangat kita buat satu hari itu..kadang-kadang benda-benda yang kita buat tu bukan lah kerja kita dan sebenarnya takde lah sampai satu jam nak amik masa nak potostat kan..amik satu jam ke nak tulis claim …sebabnya pada masa kita sibuk tu, ada juga selitan-selitan atau adegan-adegan ataupun ada tambahan masa untuk berborak-borak, ym, berjalan-jalan sebab lenguh badan duduk, tutup ekon, jumpa bos sebab bos panggil, dan banyak lagi acara lain yang kita lakukan kadang-kadang laaa…jam dah pukul 5 ker..cepatnya masa berlalu…itu tak campur lagi busy dengan gosip-gosip….

sibuk benarlah kita kadang-kadang kita memang terlalu busy sehinggakan jam di dinding pun kita tak sedar berdetiknya waktu menandakan sudah masa untuk balik, padahal belum siap lagi ni minit meeting, takkan buat minit meeting pun sampai satu hari cik kak ooi…itu bukan minit meeting, jam meeting…banyak benda yang busy ni, nak telefon orang tu, nak telefon orang ni..nak confirmkan benda tu nak confirmkan benda nih…setel satu benda tertinggal la pulak, kadang-kadang kita ok..orang lain pulak tak bagi komitmen, kata nak hantar isnin, khamis baru dapat..bosan betul, kata kerjasama, kadang-kadang orang lain membuatkan kita makin busy, yelah kerja kita dah siap, orang lain punya pasal, kerja kita jadi tak siap, sampai bermingu-minggu review benda yang sama, bila nak habis entah…orang lain asyik tanya, tak siap lagi ke..eh ada lagi..asyik-asyik buat benda ni jer…asyik-asyik fail ni je atas meja, benda ni je yang aku taip tu, manalah nak siap keje kita tu, manalah tak busy. manalah tak pening kepala, kita dah tutup bab tu, datang pulak orang yang lambat tadi dengan bab dia..terpaksala menyelak fail semula…hampeess tull…

sibuk benarlah kita kadang-kadang kitalah menjadi pilihan bos kita. bos ajak kita pergi mana-mana nak setelkan urusan bos tetapi kita jadi peneman dia, masa bila pula kita nak menyetelkan urusan kita. bos kita pulak asyik suruh kita je setelkan kerja dia, kita juga yang kene bentang benda sepetutnya dia yang bentang. kita jugalah yang kene buat slaid padahal itukan kerja dia, takkan nak marah bos pula..bos..bos..tak buat kang, kita ni melawan pula. bila bos tak datang keje ataupun outstation adalah masa terluang sikit nak buat kerja, baru je nak happy datang pulak staf lain mengadu, jadikan kita tempat kaunseling pulak, kadang-kadang kita ni ada yang berpengalaman menjadi tempat rujukan dan luahan perasaan, maklumlah kerja di ofis ni kan banyak nak kene buat keputusan, kadang-kadang menjadi buah mulut orang lain, itu tak masuk lagi kes tak puas hati, kes dengki mendengki, kes apa-apa lagi lah..last-last kita pulak menjadi tempat luahan masalah pekerja tadi..datang dengan perasaan tak puas hati pulak dekat bos kita tadi, jadi orang tengahlah pulak…kalau datang meluahkan masalah dan balik tak apa, ini tidak, datang dan datang…sampai puas hati, kadang-kadang tak capai keputusan pun, cuma nak meluahkan aja, nak luahkan pada manusia kat ofis takut takde yang boleh simpan rahsia..jadilah kotak penyimpan rahsia kita nih…masa bila lah nak setel keje kita…tu yang syik busy memanjang aja…

sibuk benarlah kita ni…kerja tu takkan habis..cuma kita ni sebenarnya kene ada sedikit ketahanan mental dan fizikal dan jangan sampai orang lain mengganggu masa kita..siapkan kerja kita. if ada masa 5 minit lagi sebelum habis kerja, bereskan kerja dulu, jangan cuba bertangguh nak buat kerja itu esok dan sebangainya sebab belum tentu kerja itu akan habis esok..bagitau orang lain supaya…jangan kacau kita sehingga pukul berapa-berapa sebab kerja saya yang ini sudah siap..awak buat sendiri……

JANGAN KACAU MASA SAYA !!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: