November 24, 2008

kadang-kadang ok, kadang-kadang tak…

Posted in Unknown at 11:00 pm by miharuyouth

macam tu lah aku kadang-kadang..sometimes ok..sometimes tak..hari ni pun terasa nak ‘membunuh seseorang..’…aku ade bercerita pada kak za, ain, halijah..kalau apa-apa jadi pada orang tu..tiba-tiba ada bukti pula…kadang-kadang tak sangka orang yang baik, hebat..boleh jadi bodoh..tak reti..takde pendirian..dan sebagainya, kadang-kadang menyusahkan, kadang-kadang aku terpaksa tepuk kepala sendiri.. manusia macam ni pun ada. membosankan…aku sepatutnya dah tido sekarang, tiba-tiba teringat nak scandisk laptop nih, lama dah tak buat benda-benda itu, dah lah antivirus pun takda…mungkin aku patut download mana-mana antvirus, sebelum apa2 terjadi pada boyfriend no 2 aku nih..boyfriend no 1 aku pun kesian dia..selalu menyusahkan dia, tiap2 pagi mesti nak kene check dulu…siap ada orang lain suruh jual lagi dia…ada satu hari aku cakap pada dia yang aku nak tukar boyfriend lain, terus dia buat hal..tak patut aku sebut macam tu..

Profil tu dah siap, dalam semakan Dato’ Yaakub..aku rasa respek gila pada beliau, beliau sms aku pun dengan ayat yang lengkap sehingga terpaksa aku sms beliau juga dengan ayat yang lengkap….”Saya serahkan CD dan yang lainnya pada Encik Jaga yang bernama Ahmad”.. antara salah satu sms beliau kepada aku selepas aku beri profil dengan handout untuk beliau semak. aku rasa bertahun dah tak membaca ayat sedemikian..beliau ade blog…http://www.sejarah-pendidikan.blogspot.com. Beliau dah siap check profile tu, pagi tadi aku ambil dari jaga yang bernama Ahmad tu.

 Actually masa beliau datang MTNP dulu untuk salah satu bengkel penulisan, aku rasa aku lah antara manusia yang memang tak akan tido..mungkin sebab ahli2 lain fikir beliau membosankan tetapi tidak aku, in fact masa beliau datang pertama kali ke MTNP untuk sesi bengkel penulisan, beliau banyak mengajar kami berkaitan dengan penggunaan ayat, tanda baca, jenis-jenis ayat, perkara-perkara asas di dalam Bahasa Melayu itu sendiri. Aku memang suka. Tak tahu kenapa, mungkin sebab masa kecik dulu aku bercita-cita nak jadi seorang penulis kot, akhirnya tak jadi pun, dan sekarang…paling tak suka menulis. Samalah masa kecik dulu aku memang bercita-cita nak jadi cikgu, dan akhirnya itulah kerjaya yang terakhir akan aku cuba.. so sapa-sapa yang nak tahu berkaitan Bahasa Melayu dengan lebih mendalam..Dato’ Yaakub memang banyak pengalaman ditambah sifat beliau yang ramah mesra…

kadang-kadang kita sendiri pun banyak kali buat keputusan yang bodoh dalam hidup, akan bertambah kebodohannya jika orang lain sedar yang kita membuat kesalahan bodoh itu, dan makin bertambah-tambah bodoh apabila kebodohan itu terbukti di depan mata..dan siap dipersalahkan lagi atas kebodohan diri, pada masa ini lah ..takkan ada manusia yang akan mengaku kebodohan diri, mesti nak salahkan orang lain juga..kan bagus kalau senyap je. susah sangat ke nak senyap.mati ke kalau mengaku..”memang salah saya”..tetapi perkara-perkara sedemikian membuktikan kita yang manusia memang akan sentiasa buat kesalahan dalam setiap perkara.

tetapi aku still tak puas hati dalam perkara ini, dan masalah ini sentiasa bermain-main dalam pemikiran aku setiap masa, esok aku nak siapkan profil dan handout yang siap diedit, nak betulkan semula, print dan ok..siapkan buku kuning doa..lepas tu banyak lagi benda-benda nak di setelkan..pagi tadi mood aku sepatutnya dah ok..itulah aku cakap…kadang-kadang ok..kadang-kadang tak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: