December 5, 2008

Prof Kata…

Posted in Unknown at 10:46 pm by miharuyouth

prof aku kata aku kene start membaca dan menulis sebab salah satu tujuan utama pengajian sarjana ialah untuk menghasilkan seberapa ramai penulis..sebagai pembaca dan juga sebagai penulis. Prof kata, nak jadi seorang penulis bukanlah senang, nak menghasilkan satu buku pun bukanlah senang, lebih-lebih lagi bila penulisan tu bukanlah bidang utama, tetapi jika tidak mula sedikit-sedikit, kebarangkalian tidak akan berjaya akan lebih banyak..tugasan pertama aku ialah mencari seberapa banyak artikel atau jurnal yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan. Prof kata, senang dapat kat internet, tetapi apa yang aku cari..adelah 2 3 ketul yang berkaitan..menyambung pengajian ke sarjana ni sebenarnya sudah lama menjadi cita-cita aku, impian untuk menukar kereta pun sudah hampir berjaya cuma secara rasminya aku tak bawak lagi kereta itu..

kadang-kadang terasa give up..memang give up..nak study pun malas, nak membaca pun malas, nak pergi kerja pun malas, dan kadang-kadang terfikir, kenapalah aku suka buat keputusan yang bodoh..macam mana nak tarik balik kenyataan yang bodoh tu. kadang-kadang aku sendiri yang akan berfikir negatif, lain yang aku fikirkan, lain yang akan aku buat..boleh tak kalau sehari aku tiada langsung pemikiran berkaitan dengan itu..tetapi ..aku kene kuatkan semangat aku dalam hal ini, kadang-kadang memang tak terfikir pun tetapi datang juga pemikiran yang sedemikian. Susahnya nak menerima kenyataan dan susahnya nak menjauhkan pemikiran-pemikiran sedemikian, mungkin aku ni sebenarnya kurang membaca dan kurang sibuk, itu yang jadi seperti kosong je. cuba kalau last week aku busy n langsung tak menang tangan..tiada pulak aku terfikirkan benda-benda begitu…so apa agaknya benda-benda yang aku sengaja nak sibukkan diri sendiri?

Prof kata, bermula dari sekarang setiap apa sahaja peristiwa yang berlaku, aku kene catat dan tulis, supaya aku ingat dan menjadi nota untuk aku buat case study aku…ok…

Tajuk Kajian Kes = Pengarah dan anak-anak buat yang syok sendiri…

Watak utama = Chris (Pengarah), Syarifah (Penolong Pengarah Kewangan), Azmi (Penolong Pengarah Akademik)

Watak 1: Chris hampir 2 tahun secara rasminya menjadi Pengarah di sekolah swasta itu, sebelum ini dia tidak pernah mengimpikan untuk memegang jawatan besar itu, maklumlah dia antara calon-calon yang mendapat kepercayaan salah seorang yang berpengaruh untuk memegang jawatan tersebut. Chris pada mulanya cukup besar visi dan misinya untuk sekolah itu,  dia menginginkan sekolah itu mencapai kejayaan yang cemerlang dan dia inginkan agar dia dapat memimpin guru-guru yang ketika itu hanya 8 orang sahaja. Jawatan Pengarah itu cukup memberikan dia kemudahan-kemudahan yang lain seperti tempat tinggal percuma, kereta besar untuk kegunaan dia, bilik yang serba lengkap kelengkapan dan apa-apa sahaja yang diinginkan oleh dia. Chris sebenarnya tidak disukai oleh guru-guru yang lain kerana sifat semulajadinya yang memilih bulu dan selalu menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan dirinya. Dia tidak pernah berjuang untuk pekerja-pekerjanya. Dia tidak pernah menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya. Walaupun begitu, dia sentiasa merujuk kepada Azmi kerana baginya Azmi orang yang lama dalam pendidikan dan Azmi banyak pengalaman dalam membentuk sebuah organisasi pendidikan impiannya. Setiap apa keputusan penting yang perlu diputuskan segera, dia akan sentiasa merujuk kepada Azmi kerana dia sendiri tidak yakin akan keputusannya dan baginya dia tidak sepatutnya membelakangkan Azmi dalam hal ini. Pernah sekali dia membuat keputusan tanpa Azmi dan akibatnya kedua mereka tidak bertegur sapa dalam tempoh waktu yang agak lama. Oleh itu apa jua keputusan, dia selalu merujuk kepada Azmi, sebabnya Azmi juga mempunyai kuasa dan antara orang-orang berpengaruh yang sememangnya boleh menjatuhkan dia dan boleh menggugurkan dia dari jawatan dia sekarang ini. Chris secara tidak langsung dibantu oleh Syarifah yang menjaga hal-hal kewangan dan pentadbiran di sekolah itu. Syarifah sememangnya amatkan cerewet dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menguruskan kewangan sekolah itu. Chris sering menyalahgunakan kuasa yang ada padanya dengan menggunakan duit sekolah untuk kepentingan dirinya sendiri. Pada masa yang sama, Syarifah tidak bersetuju dan tidak sama sekali membenarkan hal yang demikian terjadi kerana Syarifah memang berpegang teguh dengan sifat amanah. Banyak perkara yang sering membuatkan mereka sentiasa tidak sebulu. Pada masa inilah, Azmi mengambil tempatnya sebagai manusia perantara antara Chris dengan Syarifah.

Watak 2 : Syarifah hari ini mengadu kepada salah seorang pekerja kepercayaannya yang dia sememangnya tidak tahan dengan perangai Azmi, bagi dia Azmi berlagak seperti Chris, walaupun kadang-kadang dia memang tidak sebulu dengan Chris tetapi dalam hal ini, Azmi memang sudah melampaui batas. Azmi sentiasa inginkan perkara-perkara yang Chris ada dan boleh buat. Selama ini Syarifah selalu mengadu kepada Azmi berkaitan dengan perangai Chris tetapi hari ini dia memang betul-betul terkena dengan perangai Azmi yang disifatkannya sebagai lebih kuih dari sudu. Syarifah sedih dan tidak dapat menahan perasaannya. Sehingga dia terfikir semula, betapa bodohnya dia kerana mempercayai Azmi dalam hal-hal yang lain, bayangkan betapa banyaknya ketidakpuasan hatinya pada Chris telah diluahkan kepada Azmi, dan Azmi sememangnya suka sangat jika Syarifah atau mana-mana pekerja yang lain datang kepadanya dan mengadu tentang permasalahan mereka.

Watak 3: Azmi, suka menggunakan Chris dan Syarifah untuk kepentingan diri sendiri.

 

bersambung…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: