March 21, 2009

tetapi kehidupanku sama sahaja…

Posted in Every Day at 8:53 pm by miharuyouth

Aku tak membuka lagi lembaran tahun 2009 ini dengan tulisan aku di wordpress nih…walaupun setiap malam aku mesti akan on laptop nih. Samada aku still download cerita ‘One Piece’ dan samada aku akan buat kerja-kerja office yang semestinya hanya aku sahajalah yang menjadi harapan bos aku untuk membuatnya..Tahun ni, sekali lagi bos aku dah bertukar, walaupun sebenarnya aku ada 3 bos kecik sebelum aku tetapi aku tak pernak respect para bos tu, yang biasa aku lakukan ialah, bos2 kecik tu yang akan mendengar cakap aku dan akan ikut apa sahaja idea2 bernas aku..pelik..jadi bos tetapi tak berkaliber untuk menjadi bos, mungkin sebab aku ni perempuan makanya diskriminasi masih ade disitu..dato’ pun kadang2 terpaksa mengikut rentak aku bekerja..first in first out..samalah juga bila dia suruh aku buat doa dan wirid solat itu..terpaksa menunggu aku menyiapkannya dalam beberapa minggu walaupun aku hanya membuatnya dalam masa 2 hari sahaja..

Tetapi aku suka kepada bos akademik aku tu, dia mempunyai kepercayaan sepenuhnya kepada aku, dan sama jugala dia pun akan mengikut rentak aku, mungkin sebab dia mempunyai otak motivasi yang agak sama dengan otak aku..dan mungkin dia juga pandai melihat manusia sebagaimana juga aku…so kesimpulannya..kami agak sama dalam hal ini, dan dia tahu bahawa dia boleh mengharapkan aku dan aku juga tahu, aku boleh mengharapkan dia…aku harap aku boleh mempercayai sifat manusia sedemikian..

perjalanan aku di MTNP ini agaknya…tak pasti bila akan berakhir…mungkin selepas PMR nanti. Bos aku menjadikan aku guru Bahasa Inggeris di sana.walaupun aku ni sebenarnya cakap omputeh pun hanya beberapa minit sehari…aku tak tahu apa yang difikirkan oleh bos aku terhadapku, kenapa kepercayaan dia pada aku amat tinggi sedangkan aku sendiri pun kadang2 lupa untuk percaya kepada diri sendiri..terutama dalam hal2 sedemikian, adakah bos aku tu fikir yang aku boleh menjadikan pelajar 28 orang tu mendapat A semuanya lebih lagi daripada teacher yang memang semulajadinya mengajar English di MTNP.

Ada salah faham antara aku dengan teacher beberapa minggu yang lepas..aku dengan kakza agak terkilan dengan perangai dia dalam hal nih..dia mengejar kami sehingga ke dewan makan..duduk sebelah dengan aku dan memperli aku, mengatakan ada manusia hipokrit di sini dan perangai ku lebih teruk daripada manusia hipokrit yang pernah dia jumpa, aku memandang kakza dan kakza memandang aku. Kakza tahu yang aku tidak akan melawan dia apatahlagi untuk membetulkan kata-kata dia kerana aku kenal dia, aku tahu sifat melenting dia, sebaliknya aku teruskan sahaja makan roti canai yang kakza beli pagi itu..tetapi kakza tidak puas hati..dan mereka bergaduh sebab aku..teacher kata kakza menyebelahi aku, kakza kata dia bersifat umum dalam hal ini..sehingga setengah jam kemudian..agaknya dia pun tak boleh nak patahkan kata-kata kakza lagi..dia pun berlalu..dan seminggu dia tidak bertegur sapa dengan ku..pandang muka aku pun dia tidak ingin…

selepas multaqa…in fact semasa multaqa, she sat next to me in one of the workshop..dan aku akan tegur dia seperti biasa..dan satu hari itu dia siap belanja aku roti canai lagi…dia minta maaf pada aku…

tetapi perkara yang paling aku suka bila multaqa ialah, bilamana orang yang aku harap-harapkan untuk datang ke kuantan, akhirnya datang..sempat berjumpa dengan aku n kakza, walaupun dalam 1 jam sahaja..cukup sebenarnya untuk mengubat kerinduan aku kepada dia..dan yang paling best bila mana dia satu bengkel dengan aku…dan aku sebenarnya masih mengharapkan dia untuk datang lagi ke kuantan kerana kami sebenarnya tidak kerap berjumpa, boleh dikatakan 4 bulan sekali baru berjumpa….

malam ni aku ada lagi kerja yang perlu aku selesaikan, bos aku menelefon aku dari jauh dan membuat pesanan supaya aku menyiapkan report meeting tu dan analisa SPM itu..tetapi malam ni aku semacam tiada mood…entahlah, esok aku berhajat untuk ke rumah kakza n seterusnya ke rumah nini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: