April 4, 2009

kerana semua orang berubah

Posted in Every Day at 7:17 pm by miharuyouth

aku rasa atas sebab-sebab tertentu aku perlu menulis semua. terutamanya jika aku rasa kadar untuk aku bercakap seorang makin lama makin tinggi. Kakza masih lagi cuti bersalin, dan aku walaupun telah berjaya pindah ke  tempat baru terasa masih sunyi kerana ketiadaan kakza.lagipun kelas aku makin lama makin banyak, hampir tiada masa untuk aku berada pada tempat itu. terima kasih sebenarnya kepada bos aku yang telah membenarkan aku berpindah, dan dia tahu aku memang akan buat apa sahaja kerja dia.

aku sebenarnya masih berdebar-debar walaupun aku terpaksa mereset otak aku untuk berfikiran positif setiap masa. susah nak menyatakan perasaan manusia ini . mungkin sebelum ini dia tidak pernah terfikir untuk percayakan sesiapa. mungkin sebelum ini hidup dia seorang diri, dan dia memilih untuk membuat keputusan sendiri, aku masih risau kan dia lagi, beberapa hari yang lepas..entahlah..patut ke aku katakan yang manusia berubah, manusia memang akan berubah..dan patut akan berubah..aku mengharapkan yang dia ada aku dalam apa sahaja situasi yang dia alami kerana aku memang menganggap dia menjadi tempat harapan aku dalam apa sahaja situasi yang aku alami, namun sejauh mana manusia mengharapkan manusia, manusia akan kembali kepada penciptaNya juga…aku redha dengan ketentuan itu..

mungkin hal yang demikian akan membuatkan aku lebih banyak untuk menulis, tanggungjawab aku semakin lama semakin besar, keputusan ujian yang baru-baru ini benar-benar satu dugaan kepada aku..sebaiknya aku harus bersyukur kerana ianya bukanlah hasil keluaran aku..bukan hasil aku, hasil aku akan dapat dilihat dan dapat dikaji hujung bulan 4 nanti selepas selesai semua ujian nanti..baru lah selepas itu, mereka nak menilai aku ni bagus ke atau tidak bagus…

bulan ini sahaja, banyak perkara yang berlaku kepada aku, isnin..kelas seperti biasa..masih ade mesyuarat, selasa mesyuarat akademik, rabu mensyuarat lagi..aku sememangnya tiada perasaan waktu dalam mesyuarat, membuang masa jika perkara yang sama masih lagi dibualkan…dengan gelak ketawa ahli mesyuarat, aku tidak menampakkan apa-apa reaksi khusus, muka plastik…jika ade kaitan dengan aku, baru aku bersuara, tak perlu untuk bersuara jika tiada kaitan dengan aku secara langsung…

khamis, mesyuarat lagi..kali ini aku dikejutkan dengan keputusan bos aku untuk melantik aku memangku jawatan kakza…akulah orang pertama di MTNP yang boleh dikatakan ‘agak’ gila kuasa dengan mempunyai 3 jawatan sekaligus..pegawai tadbir, pensyarah dan pembantu tadbir akademik….gelak sakan aku selepas membaca surat perlantikan di atas meja aku yang baru…dengan elaun…alhamdulillah…

manusia sememangnya berubah..dan aku sendiri berubah mengikut kehendak manusia yang inginkan aku untuk berubah,  dan tentunya aku akan berubah mengikut acuan perubahan itu, tetapi jiwa aku dan hati aku tidak pernah terfikir untuk berubah, aku mengharapkan perasaan aku kepada dia tidak berubah dan aku juga mengharapkan perasan dia kepada aku tidak akan berubah..tetapi selepas semalam, aku rasa aku tahu apa dia maksudkan beberapa bulan yang lepas, sebenarnya dia…sebenarnya dia…

berfikir positif akan mengubah seseorang menjadi positif, aku perlu berfikiran positif sentiasa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: