April 14, 2009

berfikiran positif…

Posted in Every Day at 8:52 pm by miharuyouth

hari ini semakin lama memang semakin menguji kesabaran aku.. cuma aku tidak sangka dipertanggungjawabkan sebegini berat, termasuklah ada yang tak peribadi dan peribadi…

dan aku rasa rating aku untuk menulis makin lama makin ada n makin berkembang kerana seperti yang aku katakan sebelum ini, kadar aku untuk bercakap seorang diri makin lama makin tinggi..dan aku tak reti n tak tahu nak meluahkan semua permasalahan dan ketensenan aku kepada siapa lagi, nak mengharapkan seseorang yang aku kenal, aku rasa semakin lama semakin jauh dan tidak kenal, masing-masing sibuk, dan nak mengharapkan seseorang untuk memahami pun mungkin tiada siapa yang memahami aku…dan seseorang itu bukanlah seperti manusia biasa yang lain, seseorang itu dia takut pada masa yang sama dia terlepas dari ketakutan dan lama-lama dia menjadi takut semula, dan kadang-kadang apabila dia dah terbiasa dengan keberanian, dia rindukan pula ketakutan itu…dan apa-apa je lah yang dia rasa perlu…

bila perasaan takut menguasai diri sendiri, ia sebenarnya menjatuhkan motivasi diri dan membuatkan kita secara otomatik berfikiran negatif, dan kemungkinan untuk berfikiran negatif hampir setiap masa..memikirkan benda-benda yang negatif menjadi satu doa kepada diri sendiri, aku pernah berfikiran negatif tentang sesuatu perkara yang perkara itu benar-benar menjadi negatif seperti yang aku fikirkan..membuatkan aku terfikir yang aku pernah memikirkan perkara sedemikian, dan itulah yang terjadi…

seharusnya benda-benda yang remeh sebegini tak akan menjatuhkan semangat dan motivasi aku. perkara-perkara yang remeh ini sebenarnya menjatuhkan aku pada mata-mata yang melihat. seharusnya perkara-perkara ini tidak perlu aku fikir banyak kali kerana manusia hidup cuma sekali dan semua manusia akan mati…kalau tak di dunia, akhirat nanti…dan banyak lagi manusia lain yang hidup dia susah daripada aku…

dan aku….

itu je masalahnya..

tak mencabar minda langsung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: