April 22, 2009

wasiat sebelum hari sukan

Posted in Unknown at 10:22 pm by miharuyouth

aku menerima wasiat daripada bos aku sebelum hari sukan yang lepas…perkara yang ditekankan oleh bos aku lagi banyak daripada orang-orang lain. Wasiat sebelum bos aku meninggalkan tanahair untuk berangkat menunaikan umrah. dan antara manusia yang menerima wasiat yang kebanyakkan bos-bos kecik, aku termasuk sekali walaupun aku bukanlah kategori bos-bos kecik..dan aku melaksanakan wasiat bos aku, cuma ade wasiat tersirat yang sehingga kini aku masih tidak melaksanakannya, dan tak tahu bila aku akan laksanakannya…

walaupun ada wasiat yang perlu aku buat, dan aku dah menyempurnakan wasiat tersurat beliau, aku masih lagi berpeluang untuk mendapatkan beberapa pingat sempena karnival sukan di maahad ini. Aku memang aim akan Johan dalam Badminton, tetapi sebaliknya aku dapat Emas dalam acara Bola Tampar.2 Perak dalam Badminton sebabnya aku join Single dan Double. So dapat 2 Perak, satu lagi Gangsa dalam acara 4×100 staff… sebab lari pun tak laju, makanya dapat je lah Gangsa..tu pun lepas dah habis bergaduh dengan rumah lain sebab diorg kata diorg yang sampai ke garisan penamat dulu..macam-macam hal la…

aku kene yakin dengan kehidupan aku ini sebenarnya, sebabnya keyakinan aku ini menjadi doa kepada aku, sepertimana aku yakin yang aku akan menang Single semasa lawan dengan Staff rumah biru..aku yakin yang aku akan menang, pada masa itu aku cuma teringatkan ayah aku..dalam hati aku, aku kata if aku kalah main dengan staff sorang ni, mesti aku akan malu gila dengan ayah aku..dan tak tahu nak kata apa..dan akhirnya aku menang…sebabnya aku yakin akan menang..yakin akan menang…

So kesimpulannya aku kene yakin dengan apa yang ada pada aku sekarang, walaupun sekarang ini keyakinan itu nampak akan sentiasa longgar tetapi yakin dan percaya perlu ada setiap masa..dan berfikiran positif…

Aku harap aku yakin dengan dia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: