May 1, 2009

kesal dan kecewa teramat

Posted in Unknown at 12:35 pm by miharuyouth

sebenarnya aku sendiri tak sangka yang aku akan kecewa buat kali kedua..dan kali ini nampaknya lagi teruk mungkin aku semakin tua dan mungkin aku sendiri menginginkan sesuatu bakal berlaku dalam hidup aku…dan mungkin kali ini dengan orang yang aku paling percaya..dan banyak kali berhubung dengan dia…dan sebenarnya aku masih lagi memikirkan peristiwa tersebut dan dan masih lagi mengeluarkan air mata walaupun aku tahu yang aku bersedih sesedih sedihnya tetapi pada masa yang sama, lelaki yang mengecewakan hati aku itu mungkin tengah planning untuk menentukan masa depannya dengan seseorang..mungkin tengah memikirkan warna apa yang perlu dipakai untuk menghadapi majlis raja sehari nya itu…

dan aku…kesal dan kecewa teramat…

dan sebenarnya tidak menyangka banyak2 manusia yang ade di dunia ini, aku yang dia pilih untuk dikecewakan dan aku sendiri pun tak tahu apa salah dan dosa aku pada dia…

tetapi katanya, ibu dia yang membuat pilihan untuk diri dia…

aku sendiri pun tak pasti kenapa aku sedih sangat-sangat, mungkin sebab aku terlampau mengharap ..mungkin sebab aku yakin yang dia akan bersama dengan aku, entahlah…

dan sebenarnya aku boleh bertahan dengan perasaan ini dan boleh bangkit menjadi aku yang asal tetapi aku cuma nak melayan perasaan supaya aku kehabisan air mata untuk menangis dan mengenang kembali betapa sakitnya hati bila dikecewakan…

dan aku nak menangis untuk menenangkan perasaan walaupun aku tahu tak berbaloi untuk menangis kerana dia…dan kisah aku ini aku yakin amat banyak dalam novel-novel cinta di mana kasih putus di tengah jalan bila mana sang lelaki wajib mengikut kata putus keluarga untuk berkahwin dengan gadis pilihan ibunya..dan tak sangka, aku yang terlibat dalam soal ini…

tuan haji kata, benda-benda ini akan membuatkan aku sentiasa berhubung dengan Allah, dan Allah ingin nak mendengar luahan hati aku dan Allah ingin aku supaya sentiasa mengadu kepadaNya..mungkin aku sendiri sudah lama tidak mengadu kepada Allah dan bila perkara ini terjadi, memang aku rasa Allah dekat dengan aku..dan Dia tahu apa yang aku rasa, hanya Dia yang tahu…

tuan haji kata, aku manusia yang hebat, dan aku tidak perlukan lelaki seperti itu dalam hidup aku…

macam-macam tuan haji kata, semuanya nak menaikkan semangat aku…

dan aku sengaja nak memendam rasa…

dan sebenarnya aku boleh bangkit..cuma belum sampai masanya lagi…

otak aku kata…bangkit tapi hati aku kata, belum lagi…ade sedikit lagi perasaan sedih yang tinggal..kita habiskan semua dulu…jangan tinggal walaupun sedikitpun…

hati aku kata, jika tak habiskan perasaan ini, takut nanti-nanti ada sisa dan tak tahu bila sisa-sisa itu akan meletup dengan sendirinya…

hati aku kata, sisa-sisa sedih ini walaupun sedikit namun boleh membuatkan otak berhenti berfikir dengan waras…

oleh itu…biarlah hati ini dengan dilemanya..biarlah hati ini menangis dengan sepuas-puasnya..sampai tiada baki…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: