May 3, 2009

Game 1: Korban

Posted in Unknown at 10:03 am by miharuyouth

3 Mei 2009, Ahad

 

Hari ini aku cuba test diri aku samada aku masihi ingatkan dia lagi atau tidak..

Semalam aku sebenarnya banyak belajar tentang kehidupan, pengajaran yang membuatkan aku melekat di dalam minda aku ialah..pengorbanan..Mungkin sebelum ini aku jarang melakukankan pengorbanan…bukan jarang, mungkin tidak pernah. Aku pernah mengorbankan harta aku untuk keluarga, tetapi mengorbankan orang yang aku sayang, tidak pernah sebabnya aku tidak sayang sesiapa sebelum kehadiran dia…

Perasaan berdebar-debar itu masih ada dan masih melekat lagi, aku sendiri tidak pasti kenapa. Mungkin dia masih ingatkan aku tetapi aku rasa mustahil. Rasanya itu hanya sekadar perasaan aku sahaja. Seperti yang aku katakan, aku ingin membuang sisa-sisa perasaan itu.. Jika ia masih bersarang di dalam hati aku, mungkin aku boleh jadi gila.

Tetapi sebenarnya kehadiran dia dalam hidup aku sejak beberapa tahun yang lepas, sebenarnya tidaklah banyak mengubah corak pemikiran aku dan kehidupan aku. Cumanya jika dahulu aku bekerja seperti robot, dan mengabdikan diriku kepada kerja semata-mata, namun sejak kehadiran dia, aku menampakkan sedikit perasaan. Dan agaknya perasaan itu sudah hilang. Aku tidak mahu memikirkan perkara-perkara positif dan negative tentang dia kerana perkara-perkara negatif dan positif itu, bukanlah hak aku untuk memikirkannya…

Tetapi perkara yang aku belajar semalam ialah, sanggup berkorban untuk orang tersayang.. dan aku akan sanggup untuk berkorban segala harapan dan perasaan aku kepada dia dan berkorban untuk melepaskan dia kepada keluarga dia jika itu dapat membahagiakan keluarga dia yang aku langsung tidak kenal, dan untuk kebahagian dia. Apa salahnya..

Apa salahnya kan?

Dan aku tidak mengharapkan Allah untuk menggantikan dia dengan seseorang yang lebih baik kerana dia amat baik terhadap aku.. Aku akan lebih bersyukur jika aku kembali menjadi robot seperti dulu…

Apa salahnya kan?

Jika aku kembali menjadi robot. Aku tidak perlukan sesiapa, tidak perlu fikir perasaan sesiapa. Jika aku ditakdirkan untuk hidup sendirian pun, aku mengharapkan agar Allah sentiasa dekat padaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: