May 6, 2009

Sehari lepas seminggu…

Posted in Unknown at 11:49 am by miharuyouth

benda-benda yang menyakitkan hati aku ni masih lagi berada di dalam jiwa aku dan semakin menekan aku…minggu ni sahaja, masalah aku bertambah-tambah..dan banyak lagi kerja yang perlu aku bereskan dengan segera.

melihat pencapaian pelajar tingkatan 3, amatlah membimbangkan aku, dah lah aku dengan tiba-tiba kene ajar mereka, selepas mereka menyedari yang guru sebelum ini mengalami kegagalan..dan kini semua perkara diletakkan pada bahu aku…

dan aku semakin tertekan dengan keadaan itu.

semakin tertekan dengan keadaan diri yang semakin tidak sembuh dari kekecewaan..

semakin tertekan dengan seorang ustaz di sini yang kadang-kadang menjengkelkan..walaupun sorang je yang membuatkan aku menyampah…dan membuatkan aku terfikir, kenapa lah semua yang bernama ustaz tu, slow sangat..dan suka menyusahkan aku…benda-benda yang kecil pun tak leh setel, takkan nak mengharapkan aku juga. Dia ingat aku ni PA dia ker? Dah lah lepas tangan…

Dan aku semakin tertekan dengan asakan banyak-banyak pihak yang langsung tidak membantu…

Pada masa yang sama aku tertekan dengan masalah peribadi, datang pula masalah kerja yang tidak berkesudahan. Sebenarnya sejak aku hilang fokus pada pekerjaan aku, semua benda yang aku buat, semua tak kena. Dan aku sebenarnya inginkan diri aku yang lama semula..

Aku nak berfikiran kritis untuk menyelesaikan masalah pelajar Tingkatan 3 dalam Bahasa Inggeris.

Aku nak pastikan semua A dalam Sejarah Tingkatan 1 dan 2.

Aku nak pelajar dapat semua A dalam Kemahiran Hidup Tingkatan 2.

Aku nak pastikan tuisyen yang di bawah pengawasan aku berjalan seperti biasa.

Aku nak pastikan perpustakaan di bawah penyeliaan aku berfungsi dengan baik.

Aku nak pastikan design yang aku buat untuk meeting board adalah design terbaik aku…

Aku kene selesaikan masalah laporan amali KH Tingkatan 3.

Dan semua masalah ini terbengkalai dengan sebab aku kecewa…hanya satu masalah sahaja..dan aku yakin hanya aku sahaja yang bermasalah, dia mungkin tidak bermasalah seteruk aku…

Aku nak fokus kembali seperti mana aku fokus sebelum2 ini…

Aku nak kembali kepada asal..kepada asal di mana mula-mula aku menjejakkan kaki di maahad ini dengan 1000 impian aku untuk maahad ini.

Aku tak suka keadaan diri aku yang sekarang, berkejar mencari masa, bukan masa yang berkejar mencari aku…

Ya Allah, bantu lah aku mendapat kekuatan itu kembali…bantulah aku mendapat ketenangan itu kembali, bantulah aku supaya tidak lagi mengharapkan benda-benda yang tidak pasti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: