May 10, 2009

the burning desire

Posted in Every Day at 2:15 pm by miharuyouth

semalam aku ada baca buku The Burning Desire karangan seorang doktor, Asrul Zamani nama dia. Aku beli buku dia yang berharga RM 2.00 di Book Fair pada April lepas. Selepas membaca buku itu, aku terfikir kenapa lah ada yang menjual buku beliau dengan harga RM 2.00 sahaja sedangkan isi dalam buku itu ternyata telah meningkatkan kadar motivasi aku pada tahap yang agak membanggakan…

Aku sekarang ini sedang dalam proses untuk mengumpul sisa-sisa motivasi yang telah aku hancurkan pada 2 minggu yang lepas. Tahap motivasi aku telah turun sehingga ke paras bahaya di mana bos aku pun menyedarinya. Dia fikir yang aku tidaklah se down itu, tetapi ternyata perkara2 yang berlaku kepada aku telah menjatuhkan kadar penelitian aku terhadap sesuatu perkara dalam hidup…

Jika aku tanya, kenapa aku yang sering menjadi mangsa..aku tidak akan tahu jawapannya. Jika aku tanya, kenapa tidak orang lain yang menjadi mangsa aku. aku rasa aku tahu apa jawapannya…aku tahu bagaimana pahit dan kecewanya menjadi mangsa dan aku tidak mahu orang lain menjadi mangsa, apatah lagi orang yang aku kenal dan orang yang aku sayang…tidak mungkin aku akan membenarkan dan tidak mungkin aku akan menjadikan orang lain mangsa keadaan kerana aku bukanlah sekejam itu…

dan aku suka menulis jika itu yang akan membuatkan fikiran aku kosong semula. jika itu yang dapat membuatkan aku tenang semula…

dan aku teringat pada adik aku..yang tidak pasti samada nak meneruskan setahun lagi pengajiannya dengan keputusan yang sama ataupun nak menunggu setahun setengah lagi dengan keputusan yang berbeza…aku kata, bukan masalah setahun atau setahun setengah, masalahnya ialah, samada ko akan berusaha sehingga ko yakin yang ko akan dapat keputusan yang ko banggakan. erdan kadang2 keputusan peperiksaan tidaklah menjamin apa2..cuma satu keinginan manusia untuk dapat yang terbaik. Ko boleh usaha dengan kuat dan gigih jika ko nak yang terbaik, bukan masalah setahun atau tidak setahun…

Aku pandai menasihati orang dalam hal2 demikian, tetapi aku. Jika aku berusaha untuk melupakan dia dengan sungguh-sungguh dan doa. InsyaA llah aku akan dapat melupakan dia dalam masa tersingkat sahaja, bukan dalam masa setahun atau sebulan atau bertahun-tahun ataupun berbulan-bulan. Tetapi aku masih lagi tidak patah semangat. Semangat apa yang menyerang aku sekarang ini aku sendiri tidak tahu…

“i now knew, that whatever was lost, will be found again and whatever that is just dream now, will soon become reality”              

                                                                                                                                 The Burning Desire – Asrul Zamani…

aku suka ayat dia, tetapi aku rasa begitu konflik dengan diri aku. aku nak benda yang aku impikan akan tercapai, 50% dalam diri aku kata boleh, 50% dalam diri aku kata, lupakan ajer…sehingga aku berada di persimpangan di lema, tidak tahu apa yang harus aku percaya…aku suka meletakkan perkara positif dalam jiwa aku, tetapi aku perlukan perkara negatif untuk menyokong aku ataupun untuk menyusahkan aku…jika aku berfikiran positif setiap masa, bila tiba saatnya jika aku tidak dapat, aku akan kecewa. jika aku berfikiran negatif, aku takut realitinya tidak akan ada..sebab benda yang kita fikirkan ada doa bagi kita…

salahkah aku yakin yang dia akan kembali kepada aku, pada masa yang sama aku takut aku sendiri akan kecewa kerana mengharapkan sesuatu yang tidak pasti…dah salahkan aku berfikiran negatif, dia tidak akan kembali semula…dan satu doa yang akan menjadi realiti?

tetapi masalah ini perlu diselesaikan dengan beberapa fakta yang ada…dan aku tahu fakta2 tersebut, mungkin sebab aku sendiri masih tidak dapat menerima kenyataan. Dan bagi pihak dia pun, dia langsung tidak berusaha, jika dia mempunyai perasaan yang sama seperti aku, bolehlah aku katakan yang mimpi akan jadi kenyataan, sebaliknya tiada apa yang berlaku..keputusannya tetap sama…dan akan sama…dan jika dia kembali kepada aku, apa akan jadi kepada perempuan itu, sudah tentu perempuan itu akan kecewa…dan dia akan seterusnya membuat 2 orang yang tidak bersalah menjadi kecewa…dan aku pun…tidak suka menyusahkan sesiapa yang aku tidak kenal susah disebabkan oleh aku. kerana mereka bukanlah berada di dalam lingkungan pemikiran aku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: