May 17, 2009

sahabat-sahabatku…Salwa dan Zaiton…

Posted in Every Day at 9:38 pm by miharuyouth

aku tujukan khas kepada sahabatku…salwa dan zaiton.

yang telah banyak membantu aku semenjak 5 tahun yang lepas, yang aku pertama kali kenal di Macroworld, bekas tempat kerja aku dulu. Mereka banyak bersama-sama aku suka dan duka, dan hari ini aku menghabiskan masa dengan mereka. Kami jumpa di Megamall kerana Zaiton dan Salwa nak beli kasut untuk interview. Kemudian kami ke Taman Gelora untuk makan dan keamudian ke Taman Teruntum untuk menenangkan fikiran. Masalah kami sebenarnya sama, kami memang sama-sama susah dan sama-sama bermasalah…

Salwa dan Zaiton memang tahu setiap rahsia aku, tahu setiap permasalahan aku dan mereka memang sentiasa ada bersama aku, dan aku cuma boleh mendoakan kebahagian sahabatku itu. Aku sedikit sebanyak tidak boleh membantu secara fizikal dan aku pun sebenarnya dalam usaha nak meningkatkan semangat dan motivasi diri sendiri. Mereka sebenarnya 2 kali ganda bermasalah daripada aku dalam hal ini…Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan kedua sahabatku itu..Hanya Engkau yang aku sembah dan meminta pertolongan…

Aku sebenarnya kadang-kadang tidak dapat nak menerima kenyataan sebenarnya. Aku tidak tahu kenapa…aku dah berusaha untuk melupakan setiap detik dan perkara yang terjadi kerana aku yakin itu lah yang terbaik buat diriku…kadang-kadang aku rasa begitu marah, kadang-kadang rasa sedih, ada ketikanya aku rasa aku memahami namun tiada benda yang boleh aku buat selain menerima takdir yang Allah tentukan ke atas aku, dan kadang-kadang aku benci bila aku memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku walaupun sebenarnya aku tidak mahu ianya berlaku…dan jika aku boleh mengubah takdir itu, alangkah bagusnya…

 Aku sebenarnya berdoa supaya kenangan itu menjadi kenyataan tetapi siapalah aku untuk menentukan semua itu, boleh jadi benda yang buruk akan berlaku kepada aku jika terjadinya kenyataan itu..manalah aku tahu peristiwa-peristiwa itu…boleh jadi perkara yang buruk juga akan berlaku kepadanya…siapalah aku untuk menentukannya kecuali Allah semata-mata…

Sahabatku…Salwa dan Zaiton…dan diriku….InsyaAllah, Allah akan membuka jalan kepada orang-orang yang sabar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: