May 21, 2009

berjumpa ustaz nasha…

Posted in Every Day at 10:09 pm by miharuyouth

Aku sebenarnya semakin sibuk untuk menulis di blog ini, tetapi aku rasa jika aku menulis sekurang-kurangnya aku dapat menenangkan fikiran. Aku berdoa dan solat hajat supaya hati aku tenang dan aku berdoa supaya aku dapat melupakan kenangan dan wajah seseorang, dan aku yakin dan bertambah yakin yang Allah akan mengabulkan doaku itu.

Tengahari tadi, ustaz Nasha menelefon aku, katanya dia hendak berjumpa dengan aku. Pada masa yang sama, aku tiada kenderaan kerana Ford aku, aku hantar ke bengkel untuk servis, kesian dia, dah lama tak berjumpa dengan doktor. Aku tanya Ustaz Hasnur, dia pun tidak bawa kereta hari ini, sama juga dengan Ustaz Safarul…last chance aku ialah Ustaz Redzuan, dan yang bestnya dia membenarkan aku bawa Waja nya itu..dengan syarat …isi minyak untuk dia dan jangan bawa kereta ‘ganas’ sangat…kejap-kejap…ganas ke aku bawa kereta, kalau dengan Ford aku itu, sekitar Tanjung Lumpur, rate hadlaju 100 adalah biasa…ditambah pula dengan keadaan jalan yang tidak berapa best tu…aku rasa setiap hari sama jer…

So aku sebenarnya berterima kasih kepada Ustaz Redzuan kerana membenarkan aku meminjam keretanya, dan aku dah isi minyak kereta dia, dan aku bawa keretanya dengan baik dan cermat, namun ada ketikanya aku nak merasai kelajuan kereta beliau..thanks, Ustaz Wan…lepas ni boleh pinjam lagi…dia pun tahu aku nak jumpa dengan Ustaz Nasha, dah lama tak jumpa dengan Ustaz Nasha selepas beliau tidak lagi bekerja di maahad ini…ustaz-ustaz Diploma semua sporting, yang tak best, ustaz profesional…

Kereta Ustaz Wan bersih, langsung tiada debu atau habuk dan ada beberapa jambak bunga dalam kereta beliau, yang mana siapa-siapa pun tidak akan pernah terfikir jika aku meletakkan bunga di dalam kereta aku sendiri…dan dengan kesedaran yang tinggi petang tadi aku mula membersihkan kereta aku sendiri…hehehehe…

Aku sebenarnya hari ini juga makin sibuk kerana pagi tadi aku menerima panggilan telefon daripada bos aku supaya aku dapat menyiapkan satu laporan KPI yang akan beliau bentang pada esok hari…aku memang tahu bos aku ini akan cari aku untuk buat apa-apa sahaja laporan…dan termasuklah laporan board meeting yang akan diadakan pada 16 Jun bulan depan…aku suka buat report sebab aku suka design dalam laporan itu, dan biasanya design aku adalah sesuka jiwa aku..dan Alhamdulillah setakat ini, tiada siapa yang komplen…jika mereka berani komplen…dan biasalah, jika aku konsentrat buat kerja, muka aku ini akan lupa untuk senyum dan biasanya akan susah untuk menegur sebarang jenis manusia yang lalu-lalang di depan aku…dan jika ada pelajar bertanyakan soalan kepadaku…aku akan pandang mereka dengan muka blur…dan aku rasa mereka akan kata dalam hati…”sombongnya”…Aku suka bila ada orang yang fikir aku begitu, sebabnya aku tidak suka mereka menilai aku sebab mula-mula aku baik…biarlah mereka fikir aku jahat dahulu…

Dan Alhamdulillah, aku dan berjaya menyiapkan laporan untuk dibentangkan esok…

Dan Alhamdulillah, aku juga berjaya menaikkan semula kadar motivasi dalam diri aku…dan jika aku teringat peristiwa lalu…aku semakin menyampah…dan semakin meloyakan…dan aku tidak kisah langsung…

Dan Alhamdulillah, aku kini menjadi sibuk seperti dulu…dulu aku berkata yang aku ingin menjadi manusia normal…tidak…tidak…aku tidak mahu menjadi manusia normal..

aku ingin menjadi tidak normal…hidup aku ini begitu banyak keistimewaannya…begitu banyak benda yang ingin aku kejar…

aku ingin menjadi tidak normal, dan aku suka bekerja dengan cara yang tidak normal…

aku tidak ingin hidup yang biasa…aku inginkan hidup yang mencabar dan aku suka jika aku dapat menghadapi dugaan dan cubaan ini…dan aku harap agar aku berjumpa dengan seseorang yang akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada aku dan sama-sama tabah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: