May 22, 2009

Paling popular?

Posted in Every Day at 9:20 pm by miharuyouth

Selamat Hari Guru, walaupun kami menyambutnya lambat tahun ini dan dengan ketiadaan Dato’. Hari guru tahun ini adalah hari guru yang pertama aku sambut sejak bergelar guru, walaupun aku sebenarnya tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang guru, malah sebelum ini sudah ramai manusia yang bertanyakan aku kenapa tidak jadi cikgu sahaja? Tak minat ke jadi cikgu? Kenapa tak mintak cikgu sahaja? Dan macam-macam lah soalan, dan seperti biasa aku akan jawab…tak minat….

Dan sebenarnya, aku masih tidak minat untuk menjadi guru, profesion guru adalah profesion terakhir yang akan aku sentuh jika tiada peluang lain buatku…cuma aku…berpendapat…

Cuma aku berpendapat yang aku boleh mengubah pelajar maahad ni menjadi lebih berjaya daripada sekarang…

Aku berpendapat aku dapat mengubah pelajar-pelajar ini daripada C kepada A…

Aku berpendapat yang aku boleh mengajar mereka ini dengan cara psikologi aku sendiri…

Dan aku yakin aku boleh mengajar mereka lebih baik daripada guru-guru lain….*sedikit ayat-ayat perasan di situ…

Dan jika ditanya lagi sama ada aku minat menjadi guru atau tidak, jawapannya tetap sama…aku tidak minat…

Cuma aku ingin berkongsi segala rahsia kejayaan aku kepada pelajar-pelajar di sini, supaya mereka lebih berjaya daripada aku…dan sampai masa akan aku tinggalkan juga dunia perguruan ini kerana aku lebih suka ke bidang korporat..dan aku suka design..aku suka komputer..suka buat kerja-kerja planning untuk orang lain…aku suka plan projek, dan sebagainya…

Dan pelajar-pelajar yang merancang untuk hari guru tadi, membuat beberapa anugerah untuk guru, antaranya ialah,

anugerah guru dedikasi…..sah bukan aku….

anugerah guru mesra pelajar….memang bukan aku…..*nak senyum pun susah…lagikan mesra…

anugerah guru mithali….terlampaulah tu, aku tak layak langsung…

anugerah guru berketrampilan…oooo….aku memang seorang yang kemas, tetapi no komen…

anugerah guru ..apa lagi ek….lupa…

dan sememangnya aku tidak layak untuk sebarang anugerah….”

Walaupun begitu, sempena Hari Guru tadi…aku telah menang anugerah….

Anugerah Guru Paling Popular…..dasyat sungguh…macam mana boleh popular nih…?? Nampaknya lepas ni kene sentiasa menyorok kat meja je nih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: