June 7, 2009

LO YAYASAN MELAKA

Posted in Every Day at 10:22 pm by miharuyouth

PESAYA 2009 selesai sudah..hari ini walaupun cuti, aktiviti aku sepanjang hari ini ialah tidur semata-mata dan yang menariknya kebanyakan mimpi aku semuanya berkaitan dengan kebanyakan aktiviti dan acara sepanjang pesaya itu berlangsung dan banyak sekali berkaitan dengan kontinjen Melaka yang aku jaga.

Seminggu ini walaupun aku masih sibuk menguruskan pengurus dan peserta yang pelbagai ragamnya tetapi aku puas kerana aku dapat memenuhi setiap permintaan mereka walaupun ada yang lambat, sedikit sebanyak ianya membuatkan aku lupa kepada masalah sebenar aku di pejabat dan masalah ‘bodoh’ yang sentiasa aku rasa walaupun sekarang, kadang2 aku pelik bilalah semuanya akan berakhir, takkan lah sepanjang masa aku terpaksa berhadapan dengan masalah ‘bodoh’ aku itu..kalau Kak Midah, dia akan cakap, “ada aku kisah..”

Orang-orang Melaka memang lah sentiasa bersifat terbuka, cuma keterbukaannya itu kadang-kadang boleh membuatkan wajah aku sedikit terasa, walaupun mereka cuma berseloroh dengan aku namun aku anggap itu adalah salah aku kerana tidak memberikan khidmat terbaik buat mereka. Paling best dan best ialah aku kenal mereka dan mereka amat baik terhadapku…

Kak Midah….Puan Hamidah M.Hamid, VIP, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Melaka…memang rapat dengan aku, sampai aku tertidur sekali dengan beliau di atas katil yang sama, beliau masuk acara petanque, dan Melaka dapat tempat ke 3, dan aku tidak pernah miss acara itu walaupun sekali..best, walaupun aku baru tahu ada acara sebegitu…

Abang Bad, memang best giler…beliau pun masuk acara petanque, lawak dia boleh tahan, tersangat-sangatlah lawaknya…aku harap dia tidak akan lupa ‘bendera pahang’..hahahaha…

Kak Ina…Puan Khursina Mustaffa, urusetia yang selalu menguruskan VIP, dan kadang-kadang aku akan teman beliau untuk mengambil VIP yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah yang lain…baik sangat, lembut orangnya, tidak pernah menyusahkan aku walaupun sedikitpun…

Abang Nasir, driver Yayasan Melaka yang setia dan sanggup membawa kami ke mana sahaja yang kami tuju..baik orangnya, tidak cerewet, penyabar dengan karenah Kak Midah…dan kami…paling best makan kat Tanjung Lumpur, sepanjang Pesaya ni aku asyik dibelanja oleh mereka aja, syukur Alhamdulillah…

dan yang paling penting, Abang Jamal..bendahari kontinjen Melaka, kebetulan je kenal dengan abang Jamal ni, kenal di venue futsal, tak tahu pun dia yang pegang duit untuk Melaka. dan jika dikira pun banyak juga aku habiskan masa dengan abang Jamal ni, kelakar sungguh la aku ni pun, banyak-banyak orang yang ada kat situ , dia yang aku layan lebih, teruk sungguh aku ni…dan yang paling best, masa nak balik, dia hadiahkan aku diari, topi dia, key chain Melaka, dan siap bagi duit RM50 lagi..hehehe…dan banyak juga amik gambar dengan dia, kontraversi juga sebenarnya ni tetapi mengenangkan yang aku tidak akan bertemu dengan dia lagi, takpela kan, dan setiap kali aku terfikirkan dia, dia akan mesage aku ataupun telefon…giler…sekali masa aku tunggu VIP, kedua, masa ..dia nak uruskan hotel, terus dia sms aku..aku berharap dia akan sentiasa bahagia dengan kerja dan keluarga dia…dan ada sekali dia ajak aku breakfast sama-sama dan aku menolak, untuk mengurangkan kontroversi, dan selepas itu dia tanya pula, hal apa yang penting tu, nasib baik aku pandai cover line sendiri, kalau tak nampak sangat, lepas acara badminton pun, bergambar dengan aku, takde kaitan langsung, amiklah gambar dengan peserta yang bermain, pelik sungguh…takde ke yang muda-muda nak amik gambar dengan aku..hehehe…

Pesaya kali ini sememangnya best sangat walaupun pada mulanya aku rasa kenapalah aku dipilih menjadi LO padahal kerja pejabat aku banyak lagi yang tertinggal dan aku hampir mengamuk sebelum ini setelah aku tahu aku dipilih sebagai LO untuk Pesaya ni…tetapi betul la, kadang-kadang benda yang kita fikir kita mahu sebenarnya tidak elok pun untuk kita dan benda-benda yang kita fikir akan menyusahkan kita sebenarnya menyenangkan dan menambahkan keceriaan hidup kita, aku rasa aku perlu menerima kenyataan bahawa kenangan aku itu sebenarnya tidak perlu dijadikan kenangan langsung kerana ianya tidak berdasarkan kepada apa-apa landasan pun dan kenangan aku bersama Kontinjen Melaka memang best…

terima kasih pada Abang Nuar dan Abang Nasir yang juga belanja aku makan pada malam mereka pulang dan pada nama-nama mereka yang aku kenal tetapi tidak disebutkan di sini, terima kasih sebanyak-banyaknya kerana memberi peluang kepada ku untuk mengenali anda-anda semua…

Mereka pulang ke Melaka pada malam 6 hb Jun 2009, dengan 2 buah bas, dan itulah saat yang paling sedih bagi aku…perkenalan yang sementara itu memberi kenangan yang paling manis dalam hidup aku..dan aku akan ingat ini sampai bila-bila dan aku akan sentiasa berhubung dengan mereka…

Hidup Yayasan Melaka dan Kontinjen Melaka….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: