June 14, 2009

percutian sehari ke Kelantan…

Posted in Unknown at 9:44 pm by miharuyouth

12 Jun 2009

Bertolak jam 8 ke Kelantan, melalui jalan Jabor terus ke sempadan Terengganu. Jalan yang tidak sesak, aku sebagai co-pilot dan ayah aku yang pandu kereta.

Jam 12.30 – Sampai ke Kelantan, singgah sebentar di rumah emak saudara aku, kakak ayah aku yang rumahnya terletak di Kedai Piah, aku pun beberapa kali sampai di situ tetapi aku sendiri tidak ingat, kami disambut oleh sepupu aku sendiri yang mempunyai 5 anak, sepupu aku tu pun berusia dalam linkungan 30-an agaknya.

Jam 2.30 – Sampai ke rumah sepupu aku di Kampung Belukar Luas, sepupu yang agak rapat dengan kami, malam itu kami memang terpaksa bermalam di rumah dia sebabnya rumah aruah nenek aku sudah dirobohkan, sebab tiada sesiapa yang tinggal di situ. Sepupu aku Borhan, menggunakan kayu-kayu yang sedia ada untuk dijadikan asas rumahnya, dia pun mula nak tinggal di kampung itu. Aku sempat menjenguk peninggalan rumah aruah nenek aku itu, tidak lama sebabnya aku sayu dengan peristiwa yang  masih baru walaupun setahun sudah aruah meninggalkan kami, dan memang benar jangkaan kami yang kami jarang sekali akan menjenguk kampung kelahiran aku itu. Aku juga sempat berbual dengan dua pupu aku, Zainab nama dia, rumah dia berhadapan dengan rumah aruah nenek aku, terkejut dia dengan kehadiran aku tiba-tiba di kampung itu, kami berbual sekejap, dia sempat menanyakan tujuan kami pulang ke kampung…

Jam 4.00 petang – Aku sememangnya ada plan untuk ke bandar Kota Bharu petang itu, tetapi destinasi yang ingin aku tuju ialah ke Pantai Cahaya Bulan, banyak kali Ain, rakan sekerjaku meminta aku membelikan dia baju kelawar, dan dengan pertolongan seorang rakan baik adik aku, kami meminta dia menunjukkan jalan ke sana. Kami sebenarnya sudah beberapa kali pergi ke rumah rakan adik aku itu, Mat Ali namanya. Sudah 2 kali jika tidak silap aku, dua-dua masa raya puasa yang lepas, dan ternyata aku masih ingat lagi jalan ke rumahnya, namun kali ini tujuan kami ialah ke tempat penjualan batik, dan tidaklah susah sangat pun untuk ke sana. Aku sempat membeli 4 baju kelawar, satu untuk Ain, Kak Za, aku, Kak Su(adik) dan ibu aku…dan selepas itu kami menuju ke Pantai Cahaya Bulan. Mat Ali ajak kami minum di sana. Tidak susah untuk parking kereta kerana aku sendiri pun parking saja mana2 tempat yang kosong, cuma kawasan itu semakin lama semakin dipenuhi oleh manusia yang berduyun-duyun datang walaupun hari semakin gelap. Aku sebenarnya mengalami kesukaran untuk berpatah balik kerana aku ingatkan tempat itu ada tempat untuk u-turn tetapi tidak ada sebenarnya. Dengan manusia yang bertambah ramai, semua mengalami kesukaran untuk berpatah balik ke tempat mula-mula kami masuk tadi. Deretan kedai di sebelah kiri masuk turut menyukarkan kenderaan untuk masuk dan keluar dengan selesa. Ada pertujukkan ular pada masa aku sampai di sana. Namun, oleh kerana suasana semakin sesak, lebih baik aku pulang.

Jam 6.30 petang – Tujuan aku ke Kota Bharu sememangnya tidak lengkap jika aku tidak membawa ole-ole dari Pasar Siti Khadijah, kami tiba di sana agak lewat dengan jalan semakin sesak dan dengan deretan gerai kecil persiapan untuk pasar malam. Aku bergegas ke pasar, aku mengharapkan agar mereka tidak tutup lagi kedai menjual keropok kerana setiap kali aku pulang, aku mesti akan ke sana. Nasib baik adik aku ada menjaga kereta, jika tidak agak susah juga untuk mencari parking di tempat sesak sebegitu. Kami sebenarnya seakan berlari-lari ke pasar itu kerana hari semakin lewat, selesai membeli, kami mula sesat, lupa mana pintu masuk yang mula-mula kami masuk tadi, beberapa orang pakcik di situ perasan yang kami sesat, dan mereka mula menunjukkan jalan kepada kami. Aku tidak mahu sampai ke rumah pada waktu maghrib.

Jam 7.30 petang – kami masih berada di Kota Bharu, jalan semakin sesak. Menambahkan kesesakan dengan kami yang sesat masuk ke exit Pengkalan Chepa, menyedari yang kami telah sesat, kami pergi ke Pasar semula dan masuk ke Jalan Mahmud, dan betullah jalan itu menuju ke tempat mula-mula kami masuk ke kawasan bandar. Ayah aku menelefon aku bertanyakan di mana kami berada pada masa itu. Jam 8.30 malam, kami sampai ke rumah.

Jam 8.30 malam – sampai di rumah sepupu dan mandi, solat dan makan.

Jam 9.00 malam – aku mengajak ayah dan adik-adik ke rumah emak saudara aku. Beberapa jam berbual di sana…berbual tentang banyak perkara…

Jam 10.00 malam – menuju ke rumah emak saudara yang kedua – dia ke masjid malam tu. Kami pulang ke rumah kembali.

Jam 10.10 malam – aku ke rumah dua pupu aku semula, agak lama kami berborak, sehingga jam 12.00 tengah malam, kami berbual tentang banyak perkara…banyak sangat perkara…

Jam 12.00 tengah malam – aku pulang ke rumah sepupu…dan tidur…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: