December 11, 2010

Disember 2010

Posted in Unknown at 12:01 pm by miharuyouth

Entry terakhir aku…june 2009…kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Kelantan selepas peristiwa itu. Beberapa bulan aku ambil untuk melupakan peristiwa itu, tetapi sehingga kini aku masih ingat, seklai dilukai, parutnya masih ada…Kenapa aku menulis hari ini? Aku sendiri tidak tahu, mungkin untuk berterima kasih kepada sesiapa yang subcribe blog ini sedangkan blog ini tidak memberi sebarang erti pun. Hanya luahan perasaan manusia yang kadang-kadang lupa untuk bersyukur…

Aku rasakan manusia kini sudah  tidak lagi mempunyai masa untuk menulis di blog sejak kehadiran Facebook. Aku sendiri pun kadang-kadang hantu FB (Facebook). Aku suka membaca entry-entry manusia di FB, bertemu rakan-rakan lama, tengok gambar2 terbaru mereka, kadang2 mereka bercerita tentang kerjaya mereka, bercerita tentang kelahiran anak mereka, bercerita tentang suami dan isteri, bercerita tentang percutian yang hebat, bercerita tentang pengalaman hidup, kadang2 memberi komen kepada kawan-kawan, kadang2 komen membina, kadang2 komen yang menyakitkan, kadang2 entah apa2 komen, kadang2 komen yang tidak ada kaitan, kadang2 meluahkan perasaan, kadang2 ..banyaklah kadang2nya itu…kadang2 aku pun memberi komen, …tetapi manusia akan memberi respon kepada komen2 manusia yang dia suka, terdapat tarikan istimewa pada FB yang boleh menarik perhatian manusia untuk suka kepada pencerita FB…

contohnya:

Manusia A,perempuan, tidaklah cantik sangat, boleh dilihat gambar2 nya di dalam FB..memberi komen…tentang diri sendiri…komen yang bermotivasi..kadang2 komen Islamiknya..supaya ada manusia dapat sama2 berbincang mengenai isu itu..di FBnya…

Manusia B, perempuan, agak cantik, boleh dilihat gambar2nya menerusi photo albumnya di FB, memberi komen, tentang diri sendiri..contohnya…”banyak keje lah hari ini”…

Manusia C, lelaki…

Manusia D, lelaki…

Manusia E, lelaki…

agak2nya …siapa yang akan mendapat lebih respon, manusia A? atau manusia B?…

mestilah manusia B…semestinya manusia C, D dan E akan meninggalkan komen pada manusia B…apa sebabnya?

fikir lah sendiri…

melalui pemerhatian aku, biasalah lelaki akan lebih tertarik kepada wanita yang lebih cantik, sama je lah pada wanita pun…kenapa nak bincangkan isu-isu yang berat sedangkan boleh komen tanpa berfikir pun, kalau isu tu berat, nak beri komen, kenalah ada pengetahuan, sebelum ada pengetahuan, kenalah membaca dulu, nak membaca, mana ada masa…kenapalah nak susahkan diri sendiri dengan mencari ilmu untuk mengomen..kalau salah komen..teruk padahnya, kalau dah komen kene kritik pulak…kenapa lah susah sangat…layan je yang senang2..jawapan pun senang…

sebab itu aku rasa…FB memang tidak memberi makna kepada sesiapa selain melalaikan…aku pernah beri adik aku pinjam laptop aku supaya adik aku buka FB dia..

kesan FB kepada adik aku…tekalah sendiri…

aku tak suka FB digunakan untuk mencari perhatian..aku salute pada orag2 yang menggunakan FB untuk berkongsi maklumat berkaitan Islam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: