January 20, 2011

seminggu yang kepenatan…

Posted in Every Day at 8:17 pm by miharuyouth

inilah seminggu yang kepenatan, berjuang untuk menyiapkan rancangan tahunan dan mingguan dan harian. kelas yang padat.penat….

Advertisements

January 11, 2011

bila yang berjawatan tinggi tiada intergriti…

Posted in Every Day at 8:15 pm by miharuyouth

aku tidak suka tulis di FB sebab ada banyak isu aku tak suka ada manusia yang membaca dan mengomen benda-benda yang aku tulis sebab aku tulis dari sudut pandangan aku sahaja…aku akan teruskan untuk menulis di blog rahsia aku ini sahaja sebabnya tak ramai yang tahu…

aku tidak mahu menyentuh mana-mana institusi yang mempunyai masalah seperti di atas. Aku cuma nak menyentuh perkara yang terjadi di kawasan sekitar aku…dan aku tidak suka perkara-perkara sedemikian terjadi.

bagi aku kerahsiaan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang. Aku tidak faham kenapa tidak menjaga kerahsiaan semata-mata untuk mendapatkan sokongan. kenapa masih lagi nak menyusahkan hidup orang lain. Adakah aku akan percaya kepada manusia yang tidak dapat menjaga kerahsiaan seperti ini? Jika ditanya 100 orang, berapa orangkah yang akan percaya manusia yang tidak pandai menyimpan rahsia ini. KO nak percaya ker? kompem takkan percaya manusia yang sebegini…menyusahkan hidup sahaja..

aku malas nak menulis panjang sebab aku rasa tidak perlu untuk membincangkan manusia-manusia bangang seperti ini sebabnya ianya akan menjadikan aku bertambah bangang…

January 9, 2011

perjalanan master aku II..

Posted in Every Day at 3:36 pm by miharuyouth

oleh kerana aku sudah terbiasa naik bus dari Shah Alam ke Kuantan pada 4.30 petang. waktu itu sahaja untuk bas yang aku biasa naik. bas lain pun ada juga, aku tidak suka Sani Express sebab dia tak pernah menepati masa perjalanan. Satu perkhidmatan yang tidak pernah mendapat sambutan di hati aku. Aku naik bas itu dengan perasaan yang biasa. Aku tak perlu tengok no plat bas itu sebab sudah ada signboard yang tulis Shah ALam-Klang-Kuantan. Ada ramai penumpang dalam bas itu dan kedudukan aku di belakang dengan single seat. Walaupun seat tu takde lah secanggih dan sebest Sani namun aku suka sebab dia single seat. aku tak suka nak duduk dengan manusia lain yang aku tidak kenal terutamanya manusia lelaki yang kebanyakannya ialah bangla..dan nepal…

Sampai di Temerloh, bas berhenti untuk makan dan pada masa ini lah aku akan ambil peluang ini untuk solat jamak qasar maghrib dan isyak. Pemandu bas memberitahu kami bahawa waktu rehat adalah 20 minit sahaja, cukup untuk aku menunaikan solat dan ke tandas. Aku dengan bestnya turun daripada bas tersebut ke surau dan seterusnya ke tandas. Selesai urusan aku menuju ke bas tadi.

Alangkah terkejutnya aku bahawa bas yang aku naik tadi sudah tidak ada di tempatnya lagi…aku panik dan gabra…jantung aku berdenyut dengan kencang,,dalam hati timbul segala persoalan, lama ke aku solat sehingga bas itu pergi, pakcik pemandu bas ti tipu aku ke , dia kata 20 minit, aku rasa tak sampai 20 minit pun lagi…bas yang ada di situ adalah bas ke Kuantan…signboard yang lain, mungkin kan bas itu dari tenpat lain…

aku mula memandang ke sekeliling. tiada bas ke Kuantan. bas aku tadi sudah tinggalkan aku. apa yang perlu aku lakukan? nak tumpang kereta sapa-sapa ker? percayakah manusia-manusia yang berkereta itu kepadaku? nak tumpang bas ke Kuantan itu ker? mungkin boleh tetapi aku mesti mintak kebenaran dahulu. manalah tahu semua seat penuh. aku nak duduk di mana. nanti malulah aku bila penumpang lain tahu yang bas yang aku naik tadi tinggalkan aku…tetapi bukan salah aku sebab dia kata dalam 20 minit tetapi still tinggalkan aku…

aku mula mengorak langkah ke tempat jual makan/kedai makan di tempat itu. Aku ternampak ada pemandu yang sama uniform dengan pemandu bas tadi. aku mula menegur dia..

“pakcik, saya ni sebenarnya naik bas dari Shah ALam ke Kuantan, pakcik bas tu kata dia berhenti dalam 20 minit, saya pergilah solat kejap…”

“dah tu kenapa?” kata pemandu bas itu.

“saya rasa bas tu dah pergilah..”

“hah dah pergi, takde kat situ tu ker?”

“tu lah saya ingat nak tumpang naik bas pakcik…”

“bas tu takde kat situ tu ker?”

apahal pakcik ni terkejut pulak, lain macam je nih..aku yang sepatutnya gabra, dia pulak yang gabra…

“tapi saya lah pemandu bas tu…saya dari Shah Alam lah tadi” kata pakcik tersebut..”ke bas saya dah hilang?”

“oo ye ker…tak, tak , bas pakcik ada lagi kat situ…ok saya naik bas sekarang”

Ya Allah, malunya muka aku ..dengan pakcik tu, bas itu lah yang aku naik tadi, ade lagi tempat duduk aku kat situ..pakcik pun gabra lah sebab aku cakap bas dia dah hilang…mahunya dia tak terkejut…

hahaha..adegan yang entah apa-apa dalam hidup aku..

perjalanan master aku I…

Posted in Every Day at 3:14 pm by miharuyouth

aku nak berkongsi dengan diri sendiri perjalanan master aku sejak ogos 2009. aku memang sudah lama plan untuk menyambung pelajaran aku ke sarjana sejak tahu 2004 lagi tetapi aku ada masalah kewangan di mana aku kena menanggung diriku sendiri. Aku mengambil keputusan untuk bekerja dahulu.

Tahun 2009, aku nekad untuk menyambung pengajian kerana aku rasa sudah sampai masanya untuk aku belajar semula, pada masa yang sama aku menghadapi masalah peribadi yang amat menyakitkan hati dan aku fikir dengan belajar kembali, ia dapat memulihkan motivasi aku yang semakin jatuh setiap hari. Aku ditawarkan ke UNISEL, Shah Alam, jauh dari tempat tinggal aku.

Ada banyak pengalaman menarik dan tidak menarik semasa perjalanan aku ke sana. Boleh dikatakan aku akan pergi ke sana setiap hujung minggu bergantung kepada kuliah aku yang agak fleksibel itu.

Semester pertama aku pada bulan Ogos 2009, bulan puasa, betul-betul mencabar  keimanan dan kedegilan aku yang terkenal dengan manusia degil. Bas yang ada ke Shah Alam hanya bas Transnasional yang beroperasi pada jam 12.30 pagi. Kesulitan tahap pertama, naik bas awal pagi. Aku sampai ke Seksyen 17, Shah Alam pada jam 4.30 pagi, dengan bilangan manusia yang boleh dikira dengan jari, di mana hala tuju aku selepas itu. Aku memberanikan diri untuk lepas di surau di terminal bas itu yang sememangnya tidak selamat untuk dilepak, apatah lagi untuk tidur di situ, sekali lagi aku menggunakan segala kedegilan aku untuk mengatasi masalah itu. Aku bersahur dengan bekalan nasi yang aku goreng siap-siap dari rumah. Lepak di surau sehingga jam 8 pagi untuk bergerak ke UNISEL. Aku pernah terus naik teksi seawal jam 5 pagi. Bayaran teksi walaupun RM 14 tidaklah menjadi masalah kepadaku. Namun yang menjadi masalah ialah, pintu pagar UNISEL memang tidak akan buka seawal jam 5 pagi. Aku pernah menggoyang pada UNISEL sehingga pak jaga yang tidur akan membukanya untuk aku masuk dan aku akan lepak di surau UNISEL, seorang diri. Aku tidak pernah diganggu oleh makhluk-makhluk pelik yang berada di dalam surau tetapi pernah diganggu tidur dengan bermimpi ada yang solat disitu dan dihimpit oleh sesuatu. Aku berjaya mengatasi semester pertama dengan pelbagai masalah dan cabaran.

Setiap semester memang akan memberikan cabaran yang berlainan. Sebagai manusia yang tidak pernah lagi daripada masalah. Aku pernah kehabisan tiket daripada Shah Alam, sehingga membuatkan aku untuk ke Kuala Lumpur semata-mata mencari tiket balik. Naik komuter, naik STAR..dan ke Pekeliling. Aku pernah pergi ke Pudu dan kehabisan tiket dan ke Pekeliling dan di sana pun kehabisan tiket dan aku pernah menunggu depan bas Plusliner untuk naik bas dua tingkat itu dengan harapan ada manusia yang tidak naik bas supaya aku boleh naik dan bayar pada jam itu juga. Bas-bas lain ternyata sudah penuh. Kali pertama aku berjaya buat begitu. Kali kedua, aku tidak berjaya. yang penting aku berjaya balik ke Kuantan dan bersedia untuk ke kelas pada minggu seterusnya…

patutnya aku tidak tahu…

Posted in Every Day at 2:11 pm by miharuyouth

aku akan menulis dalam blog ini bila aku rasa aku kecewa atau sedih dengan sesuatu. ada beberapa perkara dalam hidup yang kita tidak perlu tahu sebab bila kita tahu, kita akan rasa sedih, menyesal dan┬ámengharap agar kita tidak tahu. itulah yang berlaku kepada aku sekarang ini, dan ianya membuatkan aku terasa sedih dan kecewa dan agar tidak mengharapkan apa-apa…

sudah nak menjangka sesuatu daripada manusia, lebih-lebih lagi manusia yang kita sendiri tidak kenal, dan tidak rapat dengan kita tetapi mengharapkan dia agar menyedari kewjudan kita tetapi secara logiknya dia tidak akan menyedari kewujudan kita kerana kita dan manusia itu kedudukan geografinya jauh dan jika dilihat dengan akal manusia, tidak akan ada sebarang hubungan dengannya…

kadang-kadang aku mengharapkan agar ada satu keajaiban yang akan menghubungkan aku dengan dia.

aku percaya ade hikmah di sebalik kejadian yang terjadi.mungkinkah ada rintangan dan pelbagai masalah jika adanya hubungan tersebut…

kesimpulannya, lambat laun aku akan tahu juga..