March 9, 2011

aku rasa rindukan dia…

Posted in Every Day at 9:35 am by miharuyouth

semalam aku jumpa dia…

aku dah lama tak jumpa dia.

aku tak pernah jumpa dia.

aku tak pernah jumpa dia lama macam tu.

aku semacam tak habis nak berkata-kata.

walaupun dia sebenarnya banyak kerja…

dan semalam aku tengok FB dia…

dia tak add aku sebab dia kata aku tak sesuai nak tahu…

dia kata FB tak sesuai dengan orang seperti aku.

tapi aku pergi tengok juga.

ada general photo,

aku baca komen-komen dia,

dia lain daripada yang aku kenal dia sebelum ini.

walaupun aku kenal dia dengan bertegur sapa,

walaupun aku kenal dia dengan tiba-tiba,

sebenarnya,

aku tak kenal dia siapa,

dia menyembunyikan umur dia,

padahal aku tahu umur dia,

tetapi…

hanya itu yang aku tahu, tentang dia.

aku tak kenal dia secara dalaman.

jika aku tahu

mungkin aku akan tidak suka,

tetapi, aku dah dapat mengagak bagaimana dia melalui penulisannya.

dan….aku tak tahu apa perasaan aku selepas itu,

cuma aku rasa…

kenapa aku suka…dengan dia

aku rasa membuang masa.

aku tak rasa dia suka kat aku…

sebab aku dah bagi masa banyak untuk dia meluahkan kepada aku.

dan kadang2 aku perasan yang dia pun semacam ada sesuatu dengan aku..

atau aku je yang perasaan…

aku memang cepat perasan.

ataupun aku mengharapkan benda yang tidak jadi…

ataupun aku memang mengharapkan benda yang tak jadi…

aku buntu Ya Allah…

jauhkan aku dari perasaan ini,

jika dia untukku ya Allah…

dekatkan lah dia denganku..

jika tidak Ya Allah, jauhkan lah aku dengan dia

hindarkan aku daripada kekecewaan ini…

walaupun hanya aku yang terasa…

dan bukan dia…

aku takde mood nak study exam…

kalau hari ini dia tak sms aku…aku akan lupakan dia selama2nya…

maknanya dia langsung tidak kisah pasal aku…

maknanya aku hanya bertepuk sebelah tangan…

aku kena teruskan hidup ini…

(aku harap dia akan sms aku….)

 

Advertisements

March 7, 2011

hari-hari yang menyakitkan

Posted in Unknown at 9:44 am by miharuyouth

hari ini semangat hampir hilang

minggu ini exam final sem ini

hari ini tiba-tiba alarm kereta bermasalah…

pintu tak boleh dibuka

exam..dan tak study lagi

cerita kawan membuatkan aku lagi menyampah…

February 21, 2011

menyampah dan terus menyampah…

Posted in Unknown at 10:53 pm by miharuyouth

kini aku tahu kenapa sesetengah manusia suka bercerita tentang diri sendiri dalam FB.

pertama – nak mendapatkan perhatian yang bila seseorang akan meluahkan masalah..otomatiknya ramilah pembaca yang akan meneliti dan akan memberi pandangan…

kedua – nak berkenalan…

ketiga – saje nak tayang gambar2 dalam tuh…

keempat – korang fikirlah sendiri…

dan aku makin lama makin menyampah..masalahnya aku aje yang menyampah, dan kenapa lak aku nak menyampah, sedangkan manusia yang aku sampahkan itu tak tahu pun aku sampahkan dia…adakah kata dasar menyampah berasal daripada sampah…???

makin lama aku menyampah, makin lama aku akan ingatkan dia…

oleh itu, hentikan menyampah supaya aku boleh lupakan dia…

 

January 20, 2011

seminggu yang kepenatan…

Posted in Every Day at 8:17 pm by miharuyouth

inilah seminggu yang kepenatan, berjuang untuk menyiapkan rancangan tahunan dan mingguan dan harian. kelas yang padat.penat….

January 11, 2011

bila yang berjawatan tinggi tiada intergriti…

Posted in Every Day at 8:15 pm by miharuyouth

aku tidak suka tulis di FB sebab ada banyak isu aku tak suka ada manusia yang membaca dan mengomen benda-benda yang aku tulis sebab aku tulis dari sudut pandangan aku sahaja…aku akan teruskan untuk menulis di blog rahsia aku ini sahaja sebabnya tak ramai yang tahu…

aku tidak mahu menyentuh mana-mana institusi yang mempunyai masalah seperti di atas. Aku cuma nak menyentuh perkara yang terjadi di kawasan sekitar aku…dan aku tidak suka perkara-perkara sedemikian terjadi.

bagi aku kerahsiaan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan seseorang. Aku tidak faham kenapa tidak menjaga kerahsiaan semata-mata untuk mendapatkan sokongan. kenapa masih lagi nak menyusahkan hidup orang lain. Adakah aku akan percaya kepada manusia yang tidak dapat menjaga kerahsiaan seperti ini? Jika ditanya 100 orang, berapa orangkah yang akan percaya manusia yang tidak pandai menyimpan rahsia ini. KO nak percaya ker? kompem takkan percaya manusia yang sebegini…menyusahkan hidup sahaja..

aku malas nak menulis panjang sebab aku rasa tidak perlu untuk membincangkan manusia-manusia bangang seperti ini sebabnya ianya akan menjadikan aku bertambah bangang…

Previous page · Next page