Dia nak kawin bulan 12

Kenapa aku ajak sar keluar tadi? Dan kenapa dia beria nk ikut aku makan. Aku rasa sar nak bgtau aku yg mamat tu nak kawij bulan 12. Dan aku terkejut sebenarnya tetapi aku malas nk fikir dan aku tukar topik lain.

Sebenarnya… Sehingga ke hari ini aku masih teringatkan dia. Dan aku mencari bau dia. Kerana aku kenal bau dia. Dan hujung tahun ni. Bau dia bukan milik aku lagi. Milik org lain. Aku tak tahu nak menangis ke apa. Tetapi aku rasa…aku akan cuba untuk tidak memandang ke arah dia lagi.

Aku tidak tahu kenapa aku harus mencari2 dia di kalangan org2. Kenapa aku harus tahu di mana dia berada. Kenapa aku jadi angau begini. Kenapa tidak ada org lain yg aku kenal selain dia. Dia senang sahaja melupakan semua. Dan aku yg semakin hari semakin merindui dia.

Dan semuanya akan berakhir…pada bulan 12 ini.

Sebenarnya….

Boleh ke aku menerima kenyataan ini. Redha dengan ketentuan ini. Dan ini adalah ujian aku. Kerana aku sentiasa diuji oleh perkara yg sama.

Leave a comment