August 28, 2006

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Posted in Emails From Me Friends, Every Day, Islam Is Me Way at 12:42 pm by miharuyouth

***banyak yang saya jumpa artikel mengenai anak-anak dan cara mendidik anak-anak..artikel ini berada di dalam email saya..saya minta maaf jika menyiarkan artikel ini tanpa meminta keizinan penulis sebenar atau tanpa pengetahuan penulis..dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh menghubungi saya..**** 

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif… . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang  panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey
untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan
anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan
mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa
yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka
tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang  (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus
berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi
pada masa akan datang.Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Advertisements

Kisah Sesenduk Madu

Posted in Emails From Me Friends, Islam Is Me Way at 11:55 am by miharuyouth

Ada sebuah kisah yang simbolik yang cukup menarik untuk kita hayati. Kisah ini adalah kisah tentang seorang raja dan sesenduk madu. Alkisah, pada suatu ketika seorang raja ingin menguji kesedaran warganya. Raja memerintahkan agar setiap orang pada suatu malam yang telah ditetapkan mebawa sesenduk madu untuk dituangkan ke dalam sebuah bejana yang telah disediakn di puncak bukit di tengah kota. Seluruh warga kota pun memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya.

Tetapi dalam fikiran seorang warga kota (katakanlah si A) terlintas suatu cara untuk mengelak, ‘ Aku akan membawa sesenduk madu penuh, tetapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungi dari pandangan pandangan mata seseorang. Sesenduk air tidak akan mempengaruhi bejana yang kelak akan diisi madu oleh seluruh warga kota’.

Tibalah waktu yang telah ditetapkan. Apa kemudian terjadi? Seluruh bejana ternyata penuh dengan air. Rupanya semua warga kota berfikiran sama dengan si A. Mereka mengharapkan warga kota yang lain membawa madu sambil melepaskan diri dari tanggungjawab.

Kisah simbolik ini dapat terjadi, bahkan mungkin telah terjadi dalam pelbagai masyarakat manusia. Dari sini wajar jika agama, khususnya Islam, memberikan petunjuk-petunjuk agar kejadian seperti di atas tidak terjadi.

“Katakanlah ( hai Muhammad), inilah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah disertai enggan pembuktian yang nyata. Aku bersama orang-orang yang mengikutiku.. ( Yusuf:108)

Dal redaksi ayat diatas tercermin bahawa seseorang harus memulai dari dirinya sendiri disertai dengan pembuktian yang nyata, bau kemuadian dia melibatkan pengikut-pengikutnya.

“Berperang atau berjuang di jalan Allah tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri, dan bangkitkanlah semangat orang-orang mukmin (pengikut-pengikutmu)…(Annisa’:84)

Perhatikanlah kata-kata “tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri”. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Mulailah dari dirimu sendiri, kemudian susulkanlah keluargamu.” Setiaporang menurut beliau adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya, ini bererti bahaa setiap orang harus tampil terlebih dahul. Sikap mental demikianlah yang dapat menjadikan bejana sang raja penuh dengan madu bukan air.

August 26, 2006

halal dan tidak halal..

Posted in Unknown at 12:30 pm by miharuyouth

isu halal dan tidak halal semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam kini. Jika dulu kita mungkin tidak didedahkan dengan segala jenis barangan halal atau tidak halal ini tetapi sejak akhir-akhir ini ianya menjadi isu sensitif kepada umat Islam..bukannya dulu tak sensitif tetapi jarang di beri perhatian khusus lebih2 lagi sejak ianya melibatkan ekonomi eksport ke negara Islam.

Saya bukanlah ingin mengulas isu halal dan tidak halal ini dari kacamata ekonomi kerana saya bukanlah antara pengulas ekonomi yang layak untuk menulis berkaitan sumber kewangan negara tetapi saya ingin mengutarakan sedikit sebanyak kejadian yang sering terjadi dalam kehidupan kita berkaitan isu halal dan haram ini.

Di Kuantan ini sahaja nampaknya umat Islam tidak segan silu untuk masuk ke kedai bukan Islam walaupun untuk minum secawan kopi. Saya pun tidak pasti jika di kebanyakan restoren ada tanda halal kecuali tanda ‘ditanggong halal’ yang masih ada lagi ditampal pada sesetengah kedai makan. Sebenarnya banyak kedai makanan yang baru tumbuh di sini, dan populasi pemiliknya ialah orang yang bukan Islam. Untuk menarik pelanggan yang Islam terutamanya, kerana jumlah umat Islam di sini lebih ramai berbanding agama lain, mereka turut menyediakan makanan yang hampir menyerupai makanan orang Islam, jika dilihat dari segi makanan, kita boleh lihat bahawa makanan kita hampir dikongsi oleh pelbagai kaum di sini dan tidak timbul jenis makanan yang tidak  boleh dimakan oleh orang Islam (selain yg diterangkan haram hukumnya.). Contohnya di sini, nasi lemak boleh dinikmati di kebanyakan kedai-kedai Islam dan bukan Islam.

Kenapa umat Islam tidak malu dan masih masuk kedai yang sama walaupun mereka tahu bahawa kedai itu bukan kedai orang Islam? Saya pun pelik. Di depan pasar besar ada gerai-gerai kecil yang populasi penjualnya adalah orang bukan Islam, hanya segelintir sahaja yang Islam tetapi mereka yang Islam ini masih lagi sanggup membeli tau fu fa dari gerai air soya, atau air tahu dari pekedai bukan Islam… sama-sama lah fikir sendiri. Jika ada umat Islam yang sebegini sudah tentu ianya akan memberi satu pendedahan baru kepada peniaga bukan Islam bahawa umat Islam boleh membeli makanan atau minuman dari mereka dan ianya mungkin memberi satu peluang perniagaan baru kepada mereka khasnya untuk umat Islam.

Saya mengunjungi salah satu restoran di Jalan Gambut ini. Saya was-was bahawa pemilik restoren ini adalah bukan Islam, namun saya turut sama terlibat dalam tragedi pengkhianatan kepada diri sendiri dengan sama-sama masuk ke restoran tersebut dan walaupun tersangat lah lapar pada tengahari itu dan hanya memesan teh ais sahaja. Mata saya melilau kepada pengunjung restoran tersebut. Ada melayu. Saya meninjau ke arah tukang masak restoran itu. Rakan saya kata tukang masaknya orang melayu tetapi apa yang saya nampak ialah bukan melayu. yang melayunya hanya berfungsi sebagai pemotong sayur semata-mata.

Air yang saya minum tidaklah habis. Saya tidak sanggup nak meneguk. Di kaunter bayaran saya terlihat sijil halal yang di keluarkan sudah tamat tarikhnya setahun yang lepas.. Takkan semua tak sedar dalam hal ini. Tak reti membaca ke apa? Saya berjanji kepada diri saya agar tidak mengunjungi restoran itu lagi.

Berapa ramai antara kita yang prihatin dengan barang-barang yang dijual di pasaraya dengan melihat kepada tarikh luput makanan atau tanda halal yang mungkin ada mungkin tiada pada barangan yang ingin kita beli? Setakat ini saya sudah lihat banyak jenis tanda halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dan saya pasti mana satu tanda halal yang betul2 tepat. Pada barangan makanan wajiblah kita melihat kepada tanda halal itu. Saya tidak puas hati kepada sesetengah makanan dalam tin yang masih tidak ada tanda halal JAKIM tetapi masih lagi dipasarkan, banyak pula tuh..Saya rasa jika anda terjumpa saya sedang membeli belah dipasaraya, mungkin anda akan kenal saya yang begitu cerewet membandingkan harga dengan membanding2kan logo halal antara satu barang dengan barang yang lain.

Syukur kerana kini banyak barangan yang telah pun mempunyai tanda halal tetapi ada segelintir pasaraya yang menjual barangan import yang kita sendiri tidak tahu halal atau tidak tetapi masih mendapat tempat di hati pengguna umat Islam…tak reti ke atau pun buat-buat tak reti..

Kita tidak begitu prihatin sangat terutamanya soal makanan kita. Walaupun makanan yang kita makan dimasak oleh umat Islam sendiri tetapi tahap kebersihan mestilah mematuhi apa yang dinamakan bersih. Rakan-rakan saya selalu menegur saya setiap kali saya mula memandang makanan saya atau minuman saya kerana setiap kali saya merasakan benda yang pelik pada makanan saya, setiap kali itu lah saya ternampak ada serangga dalam air, ada ulat dalam mee goreng, ada rambut dalam mihun, perkara-perkara kebersihan yang masih lagi ada. Saya tidak salahkan tukang masak atau peniaga dalam ini kerana kita masing-masing tahu yang mereka sudah penat bekerja sehari suntuk memasak dan melayan pelanggan dan mungkin kadang-kadang tidak sedar bahan-bahan yang mereka gunakan ada rambut dan sebagainya tetapi ianya sudah menjadi tanggungjawab mereka memastikan makanan atau minuman yang disediakan adalah bersih dah halal.

Biarlah kita kolot dalam memilih barangan makanan untuk keluarga kita dan untuk umat Islam yang lain. Jika pun anda pasti dengan kandungan makanan yang tiada logo halal pada barangan tersebut tidak perlulah anda mengenalkan barangan tersebut kepada rakan-rakan anda yang lain. Cukuplah anda sahaja yang terlibat mengkhianati diri sendiri dalam hal itu, tidak perlulah melibatkan saudara mara atau keluarga.

ADAB-ADAB TERHADAP DIRI SENDIRI

Posted in Emails From Me Friends, Islam Is Me Way at 11:34 am by miharuyouth

Bersama ini dikirimkan bahan tazkirah sebagai santapan rohani agar ia menjadi iktibar dan peringatan kepada kita.

1. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.

2. Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu. Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.

3. Memotong rambut setiap kali ia panjang, menjaga kebersihannya dan menyisirnya selalu, yakni jangan pula sampai berlebih-lebihan (tidak membiarkannya dan tidak pula menunpukan perhatian kepadanya)

4. Mengutamakan bahagian kanan, yakni mendahulukan kanan dalam semua perkara yang mulia, seperti ketika mandi, berwuduk, menghormat, berjabat tangan. memakai pakaian atau kasut, memotong kuku, mengambil dan menerima pemberian, makan dan minum. Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia, seperti membuang ingus, meludah, menanggalkan pakaian dan kasut beristinjak, dan menyentuh aurat. Daripada Aisyah katanya, Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersuci dan makan, sedangkan tangan kiri untuk bersuci dan yang kotor-kotor.

5. Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang ingus dan kahak, tapi hendaklah ke arah kiri dan pada saputangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.

6. Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia, dan dari makanan dan minuman agar percikan ingus tidak mengenai orang lain, dan meletakkan saputangan atau tangan ke mulut, memperlahankan suaranya sedapat mungkin. Daripada Abi Hurairah katanya, Apabila Rasulullah s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya menjadi tidak kuat

7. Memuji Allah sesudah bersin.

8. Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah dijawab dengan (yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan doa yang berikut (yahdikumullahu wa yushlihu balakum)

9. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut. Juga disuruh mengurangkan suaranya, dan jika dapat, jangan sampai mengeluarkan suara. Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan. Oleh itu Allah tidak menyukainya dan menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan.

Dari Abu Hurairah bahawa nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan ”Yarhamukallah” .Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.”

10. Berusaha tidak bersendawa, menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya. Dan jika tidak dapat dihindari, bersendawalah dengan suara yang ringan, kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa. Daripada Abu Juhaifah katanya,”Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa. Beliau bersabda, pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada Hari
kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang di dunia.”

11. Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika berkaca (melihat wajah di cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari nabi : ”Segala puji bagi Allah, sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku.”

12. Menggunakan telefon bila perlu sahaja, bukan untuk bermain-main, bergurau atau untuk mengejutkan orang lain, dan bertelefonlah pada waktu-waktu yang sesuai, awali percakapan dengan salam, mengenalkan diri, kemudian menyebut maksud.

13. Membiasakan diri dengan amal yang salih, seperti beribadah, bersedekah, sembahyang unat, menghampirkan diri kepada Allah, berzikir dan membaca Al-Quran. Jangan meninggalkan demikian kerana malas, enggan atau kesibukan dunia. Daripada Aisyah katanya, amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.

14. Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu, tidak melakukan suatu yang tidak berguna, selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda ”Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak dimaksudnya.

15. Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan, yakni dengan nasihat yang baik bagi orang itu samaada pada agamanya atau dunianya.

16. Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya, juga mengakui kesalahan diri sendiri jika memang benar sudah salah, dan jangan berterusan padanya, kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang, yang terus dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi nasihat.

17. Membiasakan hidup sederhana, mensyukuri yang sedikit, dan meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenang-senang di dunia kerana sifat itu menjauhkan diri dari takbur dan ujub serta selamat dari sifat sombong, memuji-muji diri dan angkuh. Dari Aisyah katanya,”Tikar Rasulullah s.a.w diperbuat dari kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut.”

18. Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan, menjadikan matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang diletakkannya di hadapan dan terus menerus mengulang-ulang sebutan ”Oh Tuhanku, Engkaulah tujuanku, dan Redamulah yang ku cari”.
***berusaha untuk menjadikan diri kita adalah diri kita****

perasaan

Posted in Motivation at 12:17 am by miharuyouth

saya rasa yang saya sudah lama tidak bercerita di dalam web ini..mungkin saya sibuk ataupun mungkin saya langsung tidak mempunyai kerja. Malam ini saya nak bercerita mengenai perasaan, meluahkan perasaan dan menerima segala jenis perasaan yang hadir dalam diri kita..

kita mungkin tidak ‘kisah’ atau tidak amik ‘peduli’ tentang perasaan kita jika kita dikecewakan, saya pasti yang ramai pengguna internet turut menggunakan internet sebagai salah satu bentuk luahan perasaan diri sendiri..dan internet jauh lebih baik dari rakan kita sendiri kerana jika kita asyik meluahkan perasaan kita kepada rakan kita, lama-lama rakan kita akan naik boring, dan akan cuba menjauhkan diri daripada kita.

Dengan adanya internet, kita bebas meluahkan sebarang isi permasalahan, kita bebas mengambil segala bentuk penyelesaian dan kita bebas untuk berinteraksi dengan pengguna internet yang lain, tanpa sebarang masalah jika kita tidak mengenali dia ataupun dia tidak mengenali kita.

“awak boleh luahkan segala masalah awak dengan saya..”
“saya malu..”
“buat apa nak malu pun, awak bukannya kenal saya pun..”

mungkin ini lah salah satu kesilapan kecil yang kita lakukan tetapi jarang untuk fikirkan secara mendalam apakah rasionalnya kita berhubung dengan seseorang melalui internet..

saya kira berapa ramai antara kita yang putus cinta dan terus menggunakan google untuk mencari ketenangan dan semangat baru melalui internet. Dan saya pasti antara keyword yang biasanya digunakan ialah, ‘kenapa lelaki menipu..’,’putus cinta’,’biar je lah..’,’cinta..’ dan banyak lagi perkataan lain mengenai hati dan perasaan dan sebenarnya pencarian itu bukanlah menjadikan seseorang itu banyak membaca dan memahami tetai hanya cuma dapat menghiburkan hati dalam jangka masa yang sekejap sahaja..

perasaan yang hadir dalam diri kita jarang sangat untuk kita luahkan kepada orang yang terdekat dengan kita, kawan-kawan ataupun keluarga kerana kita masih takut untuk meluahkan perasaan atau berkongsi masalah dengan rakan-rakan kita. Semasa proses perasaan itu hadir dalam diri kita, kita lebih suka bertindak terburu-buru dengan mencari rakan baru atau sesiapa sahaja yang kita kenal untuk meluahkan perasaan kita. Kenapa yer..kita lebih suka berkongsi rasa atau meluahkan isi hati atau ketidaksenangan jiwa kepada mereka yang kita tidak kenal atau kepada mereka yang langsung tidak tahu apa-apa pun mengenai kita. Kita suka bercerita dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang hanya dengan berchatting atau email semata-mata..

Kita lebih senang bercerita dan meluahkan segala perasaan marah, sedih , kecewa, hilang semangat kepada mereka yang langsung tidak kenal siapa dan pada waktu yang sama, turut membebankan mereka kepada masalah peribadi kita, tetapi adakah mereka kisah? Langsung tak, dan ternyata mereka memberi respon yang baik terhadap masalah kita..Persoalannya kenapa kita lebih cenderung untuk berkongsi dengan mereka yang tidak kita kenal?

Mungkin disebabkan oleh ade lagi sisa2 perasaan ego pada diri sendiri yang menginginkan pihak yang mendengar supaya meyokong kita, walaupun perasaan yang dialami itu mungkin berpunca dari diri kita. Tetapi sanggupkah kita mendengar kritikan demi kritikan yang dilemparkan kepada kita sedangkan kita adalah mangsa kepada keadaan ini? Langsung tidak!! Kita kadang-kadang tidak sekuat mana untuk memulihkan diri sendiri. Tidaklah sekuat jika kita mengangkat gula 2 kilo, yang mana kita tahu bahawa kita sanggup mengangkat gula tersebut, tetapi menerima semua permasalahan dengan sendirian, adalah satu perkara yang membebankan…

Orang yang tidak mengenali kita akan cuba sedaya upaya mereka untuk menasihatkan kita walaupun kita langsung tidak kenal dia dan dia langsung tidak kenal kita, kenapa? Sebab manusia masih lagi mempunyai satu perasaan kuat untuk menolong manusia yang lain selagi ianya tidak

Orang yang tidak mengenali kita akan menolong kita menaikkan semangat kita akan menolong kita memahami permasalah kita kerana perkara tersebut sedikit sebanyak tidak langsung menjejaskan kehidupan peribadi mereka.Cukuplah mereka tahu yang mereka ada satu hubungan tidak langsung dengan kita.

Orang yang tidak mengenali kita sedikit sebanyak akan cuba memahami kita walaupun mereka tidak tahu cerita disebaliknya atau cerita sebenar berkaitan sesuatu perkara.

Manusia mempunyai perasaan yang berubah-ubah. Bayangkan dalam masa satu hari berapa hati yang telah dikecewakan, berapa jiwa telah dihancurkan dan berapa banyak jalan yang diambil untuk mengubat luka terpendam. Jangan mengambil jalan yang mudah, berjumpalah atau
berinteraksilah dengan mereka yang pakar berkaitan dengan soal jiwa dan perasaan. Jangan melulu dalam membuat keputusan. Jangan fikir bahawa jika kita dilanda kemelut sebegini, ada manusia lain yang akan menjadi tempat untuk kita dengan sesuka hati meluahkan isi yang terpendam.

Kita tidak sedar sebenarnya,masalah lain yang akan turut timbul jika kita melulu dalam membuat keputusan. Masalah yang turut melibatkan hati dan perasaan si pendengar dan si penyampai. Masalah tetiba jatuh hati dengan si pendengar yang tidak kita kenali. Masalah lama yang tidak pernah selesai tiba-tiba muncul masalah baru..

Mempunyai perasaan kepada rakan baru kita yang langsung tidak kita kenali adalah salah satu perkara mengarut yang akan timbul dalam diri kita. Bagaimana kita boleh jatuh hati kepada mereka yang langsung tidak kita kenal? Nampak sangat imaginasi kita terlebih jauh dari yang sepatutnya. Nampak sangat yang itulah yang kita harapkan di awal perkenalan kita dengan mereka.

Terima segala jenis perasaan begini dengan hati yang terbuka dan dengan secara rasional kerana kita tidak mahu suatu hari nanti kita sendiri yang terperangkap dalam dilema perasaan yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Perkara-perkara sebegini tidak akan timbul dalam jangkamasa yang pendek. Hasilnya akan wujud dalam jangkamasa yang panjang. Tidak salah jika kita ingin meluahkan masalah kita dengan manusia yang lain kerana perkara sedemikian adalah merupakan satu kebiasaan atau normal dalam masyarakat jika kita mempunyai keinginan untuk berkongsi dengan orang lain. Tetapi haruslah berpada-pada dan mestilah sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa hanya Allah sahaja menjadi tempat kita mengadu kerana hanya Allah sahaja yang dapat memulihkan semangat kita dan hanya Allah sahaja yang dapat mengembalikan kita kepada diri kita yang asal..

Next page