Langit yang mendung dan kopi

Sejak beberapa hari yang lepas aku mengambil keputusan untuk tidak membuat status. Dan malam itu aku merasakan aku perlu buat status. Dan status itu ditujukan hanya utk dia. Dan dia tgok status itu. Awal2 pagi. Semalam aku menerima wasap yg aku perlu buat planning. Aku jadi keliru, aku kene siapkan kerja aku. Dan kerja aku berkaitan dengan dia. Walaupun aku tahu berjumpe dengannya akhirnya akan menyakitkan hati.

Tak tahu kenapa dia menjadi begitu mesra dengan org sekeliling. Maybe pada mulanya kopi itu dia punya. Dan dia buatkan kopi untuk aku. Aku tak suka kopi 3in1 tu. Tapi aku minum sbb taknak lukakan hati dia. Depan aku dia menunjukkan ciri2 yg lain. Bila wasap dengan aku dia suka bluetick. Aku tidak paham semua ini.

Hari ini aku masih ingat akan peristiwa lepas. Dan kesedihannya masih terasa. Dan kesakitannya masih terasa. Jika dia suka takkanla dia sakitkan hati aku dengan cara sebegini. Dan memaksa aku minum kopi itu. Sedangkan aku kata taknak. Jika dia suka takkanla dia blutick aku selalu. Betulla tekaan aku. Dia bukanla lurus sangat pun. Jika dia nak, dia akan usahakan..dan aku pun tak perlula angau sangat bila dia buatkan kopi tu. Sbb dia nk minum, takkan dia nak buat utk dia je.

Dan seperti yg aku sangka…

Semua ini hanya urusan kerja sahaja.

Leave a comment