2 hari yang suram

Bila rita dengan dexter, aku mengharapkan perasaan yg sama dgn S. Dan perasaan itu selalu ade. Tetapi bila season 5,rita mati. Dexter tinggal sendirian,dan pada masa yg sama, s tinggalkan aku.

Selama sebulan aku memikirkan apakah birthday present yg patut aku bg kepada dia. Selama sebulan aku memikirkan semua ini. Dan sebelum itu aku byk berfikir apa yg perlu aku lukis utk dia. Tpi bila pd hari kejadian, semua berubah 360 darjah, aku membuat kata putus dan aku melepaskan dia pergi selama lamanya. Dan pada masa yg sama rita mati meninggalkan dex sendirian. Tanpa aku sedari begitu sahaja pengakhiran cerita ini.

Tetapi bila aku kenang kembali. Setahun lamanya, aku memang mengharapkan semua ini terjadi. Setelah byak kali dia ignoredkan aku, dan aku memang mengharapkan agar aku lupakan dia. Dan kini, aku tidak suka bila bertembung dengan dia. Aku akan buat tak tahu. Dan aku malas nak amik tahu. Dan aku akan buat tak nampak atau tidak pandang langsung, dan aku akan keluar jika dia masuk bilik itu. Aku akan cuba untuk menjauhkan diri. Aku tidak akan pergi ke arah dia, aku tidak akan tegur dia. Aku tidak akan buat apa2.

Aku selalu cakap, what u give, u get back. Dan sebenarnya dia selalu ignore aku dalam usaha supaya aku give up. Supaya aku tidak ada perasaan kepadanya. Aku tidak inginkan perasaan ini. Ianya datang dengan sendiri. Walaupun aku tidak mahu, ia datang juga. Bukan aku yg mengundang perasaan ini. Sama seperti bukan aku yg suka utk ke lawatan itu. Entahla semua itu menyusahkan belaka.

Jika aku boleh ubah waktu, aku akan ubah mula2 aku jumpe dengan dia. Byk bende yg akan aku ubah. Kerana akhirnya aku dengan dia. Bukan aku yg pinta, byk bende yg akan aku ubah. Supaya aku tidak akan berjumpa dengan dia lagi…

Ya Allah.. Aku taknak berjumpa dengan dia lagi…. Sampai bila2…

Leave a comment